3/11/17

sila+tur+rahem

salam kenal.. tu ungkapan yang selalu kita dengar dalam mengenali seseorang. Bersederhanalah dalam perhubungan. Jika kita baru kenal, Bagi tempoh 7 hari utk megenali kawan baru kita.

hari 1: manusia akan keluarkan semua yang manis dan up diri.

hari 2 : manusia mula menyesuaikan diri, mengisi antara ruang pemikiran ( fit in character).

hari 3: manusia mula menunjukkan skrip kehidupan pada masa lampau.

hari 4: manusia mulai mencari peluang. Di sini  jika tidak jujur, kesempatan atas peluang akan muncul.

hari 5: manusia akan mengajak ke dunia mereka. Ke sana ke mari sampai adik kakak dunia akhirat.

hari 6: manusia akan closing power samada baik atau sebaliknya,

hari 7: jika tidak ada feedback yang positif, maka akan keluar satu persatu riak bahasa tubuh, mata, nada suara, perilaku dan apa sahaja yang terbuku dihatinya. Begitulah seadanya.

pengalaman menjadikan kita lebih baik dalam silaturrahem, bersederhanalah dalam menyayangi mereka. Hal keburukkan dan aib dijaga rapi.

Jika kita melihat baik, yang baik sahaja akan diterima. Terasa jiwa dibebaskan, bebaskan, bebaskan. Tidur dengan aman.

Tanda kawan sahabat yang jujur, kita merasa aman damai bersama mereka. Hal kurang, kita simpan tepi. Barulah kita akan bersahabat sampai akhir hayat.

5/20/12

keep on figthing

It has been a while I hadn't post anything on my blog. Being absence in action while enduring life's everyday challenges. Yes, I lived it. That's what for this year. Next year going to be another story. I expect it to be more interesting. Meaner than ever. More action(kicking and slapping!!) Less dialogues. Let the hands do the talk. Hiyahh!!!! Ouch!! Hurt my fingers....fuuuu fuuu fuuu(blowing...)

what was left?

Probably some of you who had a good day today, nice relaxing holiday on your bed, or such comfortable life working for your own life. Every morning you wake up early rejuvenated, taking your favourite breakfast meal of the day accompanied by your loved one, going to work without worrying on the traffic condition, great day at the office, tea break with colleagues after working day's done, going home and a good dinner before you went to sleep...

Each day you wish everything going well the same as ever then come the day you received your paycheck(salary). You went shopping buying anything your heart desires without any worries about your credit's limit. That could be a dream come true for some of you out there isn't it? Sports cars? Bungalow? expensive imported bags? while you sing : "I wanna be a billionaire so fricking bad...buy all the things I've never had..."

7/21/11

Erti 25 minit di sekolah

Aku, seperti rakan-rakanku yang lain, adalah murid di sebuah sekolah rendah. Setiap pagi aku berjalan ke sekolah bersama rakan yang lain ke sekolah. Aku suka ke sekolah kerana di sana rakan-rakan ada bersamaku di sana.


Apabila loceng berbunyi, kami berpusu-pusu masuk ke dalam kelas masing-masing. Kemudian cikgu pun masuk. Seperti biasa kami akan belajar pelajaran baru tetapi hatiku masih tidak tenang dan bertiup kencang. Kerana pagi ini, matlamat kami masih belum tercapai...

Mengapa cikgu tegas sangat, garang dengan kami. Pensil yang baru bapaku beli minggu lepas ku gigit hingga berbekas(gigi)..pemadam ku cucuk dengan pensil. Cantik juga coraknya. Kalaulah guru ku pandai menilai seni, pasti inilah seni yang terhebat dihasilkan oleh budak sebaya ku.

Tapi...

Lama lagi ke masa yang perlu ku tunggu ini? Memang betul kata kakak ku, penantian itu memang satu penyeksaan. Sungguh seksa menunggunya. Untuk membuang masa aku meraut pensilku. Habuk pensil tu ku letakkan ke atas rambut temanku di sebelah. Rancangan ku sungguh licik, dia tidak menyedarinya, kawan-kawan di belakang ketawa kecil tersenggih-senggih di belakang. Aku pula menahan ketawa melihat karya tersebut. Karya Mona Lisa pasti tak lengkap tanpa 'hiasan' di rambutnya. Malangnya, Leonardo da Vinci tidak sebijak ku. Dia bukan dari zaman ku. Zaman yang penuh kacau-bilau. Pada zaman itulah lahirlah insan-insan yang mengubah perspektif dunia. Mujur cikgu ku tegas orang nya. Kalau tidak, mungkin aku pun tidak tahu apakah maksud perspektif. Akulah insan alaf baru yang akan membawa perubahan kepada dunia. Akan ku cari 'Mona Lisa' dan akan ku berikan dia 'hiasan' yang sepatutnya.

Tidak lama kemudian guru menjalankan 'spot check' dan memeriksa beg kami. Aku terselamat kerana di dalam begku penuh dengan buku teks manakala buku latihanku, ku tinggalkan di bawah meja. Dengan itu, mudah bagiku memberitahu ibu bapaku bahawa semua buku latihan ku sudah dihantar kepada guru walaupun sebenarnya tidak. Latihan yang cikgu berikan untuk kerja rumah aku siapkan secepat mungkin semasa kelas dijalankan walaupun aku pun tidak mengerti apakah yang aku tulis. Yang penting siap, lebih baik daripada dihukum berdiri di atas bangku. Aku dah la kaki bangku, takkanlah aku nak berdiri di atas bangku. Secara tidak langsung aku dapat bermain sepanjang hari selepas tamat waktu sekolah tanpa rasa bersalah tidak seperti kakak ku yang menghadap buku sepanjang hari. Apalah gunanya hidup menghadap buku rujukan sedangkan banyak yang ku pelajari di luar rumah sambil bermain. Belajar sambil bermain ada juga faedahnya. Sebab itu lah badanku bercalar akibat bermain di dalam hutan dengan kawan-kawan. Itulah belajar dari pengalaman. Bak kata kawanku "biar saja la aku begini, hidup juga aku ini" walaupun aku langsung tidak memahami kaitan yang disebutnya dengan kehidupnya yang tidak lagi bersekolah.

RING!!!!! Loceng menandakan waktu rehat dibunyikan. Tibalah saat yang dinantikan oleh kami semua, iaitu waktu REHAT!!! Hiah....aku berlari keluar tanpa memikirkan masa depan yang masih kabur ke arah padang sekolah. Aku berlari sepantas yang boleh. Ya, mungkin inilah saat yang ku tunggu-tunggu dari pagi. Segala seksa yang ku tahan, yang ku redahi akhirnya ku lepasi dengan cemerlang!!! Tidak sia-sia kegigihanku untuk menahan segala cabaran yang diberikan oleh guru-guru. Segala penderitaan yang kami tempuhi berbaloi. Kawan-kawanku berlari di belakang. Tidak syak lagi, aku lah juara.
Lumpur dan tanah yang mengotori bajuku tidak ku endahkan asalkan niatku tercapai. Habis comot bajuku. Leteran ibuku yang membasuh bajuku pasti tergiang-ngiang apabila aku sampai di rumah nanti. Tapi aku muskyil, mengapa pula guru-guru berleter apabila bajuku comot. Bukannnya mereka yang akan membasuh bajuku, tetapi ibuku. Tidak perlulah bermasam muka kerana ibuku yang bertanggungjawab atas hal ini. Selalunya bila mereka berleter aku menjawab "Jangan khuatir cikgu, nanti saya suruh mak saya basuhkan".

Setiap kali kami bermain, ada saja budak yang menangis. Mengapa la mereka tak 'rugged' langsung. Biasa la bila bermain mesti la ada 'body contact' sikit. Sentuh sedikit dah nak menangis sahaja. Crybaby betul mereka tu. Tak nak lah berkawan dengan mereka nanti aku pula yang terkena. Baik aku layan sendiri bukan ada yang menggangguku.

Ring!!! Sekali lagi loceng berbunyi, menandakan masa rehat sudah tamat. Bermandikan peluh yang membasahi bajuku, aku bergegas masuk ke arah pintu kelas. Kelihatan guruku menunggu di depan pintu kelas. Jelaslah aku yang terakhir masuk ke kelas. Aku memberi alasan bahawa aku sakit perut dan baru sahaja selesai menunaikan tuntutan yang wajib ku jalankan walhal aku sepanjang masa rehat berada di padang. Mujurlah aku terselamat dari hukuman. Setakat ini aku masih mengekalkan rekod bersih bebas dari hukuman. Kawan-kawanku yang lain dihukum atas kesalahan yang mereka lakukan. Padan muka mereka, dah banyak kali aku cakap mereka tak nak dengar. Asyik membuat kesilapan yang sama.

Bagiku belajar adalah perkara kelima selepas PJ, melukis & mewarna, menyanyi sambil meminta puji dari guru adalah kegemaran kami dan aktiviti waktu rehat. Itulah maksud 25 minit di sekolah bagiku. Pada pandanganku sebagai seorang murid yang berhemat dan patuh kepada peraturan sekolah, masa rehat perlu dipanjangkan supaya kami dapat menikmati saat itu lebih lama lagi. Walaupun aku belum lagi mahir dalam subjek Matematik, tetapi biarlah masa itu dipanjangkan kepada 1 jam. Aku yakin, aku dan rakan-rakan ku yang lain tidak akan membantah. Aku berharap karangan ku ini mendapat markah yang tinggi. Dapatlah aku menunjuk-nunjuk di depan kakak ku dan rakan sekelas yang lain. Semoga perjuangan aku ini tidak sia-sia

Dari catatan peribadi dan hati sanubari-

7/19/11

Hari ini

Hari ini ,
sebelum subuh menjengah diri
bangkitnya sekujur tubuh
yang selama ini hidup terasa mati
dalam ketawa , jiwanya rusuh .
Bangkit dengan harapan baru
buat memulih hati yang lara .
Bermonologlah hati yang bisu¿..
bercita tak mahu menangis lagi
berharap tak mahu terluka kesekian kali
kerna kini ingin terus sendiri¿¿
Hari ini ,
berjanji hati kepada diri
akan mengawal segala gerak tari
agar langkah takkan tersungkur lagi
kerna ubat luka-nya kehabisan kini¿¿
Dan ,
berjanji diri kepada realiti
untuk kembali tersenyum dan menceriakan situasi
kerna tak mahu terus dihambat mimpi
mimpi indah yang sebenarnya ngeri ¿¿
Hari ini ,
dalam tahajud hati terus bersujud
mengharap diberi kekuatan terus
buat pengering hujanan mata
yang kadang lupa hati-ku telah tiada .

7/15/11

'SUKE'...

engkau suka aku pun suka
ke mana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas, basikal pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka


masa engkau suka
aku pun suka
durian yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa


masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau
juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya
masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe.
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

BARU KAHWIN...

kau sangat
suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya dua minggu
terperap dalam bilik aje sampai
makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak
pernah lupa kau sangat suka, aku
lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau
goreng utk aku saja bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing
jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-
tanya suka ke tak suka?...

4/23/11

-Summon me-

Whenever you need me.... I'm always here for you
Keep me close to you, I wish not to lose you... Deep in my heart, there is a sorrow.. Keeping me away though my smiles always spurs out of nowhere...
I always have this fear... Fear of losing myself.. Losing all these wonderful precious memories....
I'm helpless, hopeless...
I just let the life leads me wherever it go...
If your ever know me, rememmber me...
Don't ever forget me though I never know you...
Now I'm here reminiscing my past, the glory of the prouds, the glory of the forgottens..

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..