8/29/10

menjadi diri sendiri

aku suke melihat orang yang sentiasa senyum,
wajah mereka menarik tatkala tersenyum.
ceria je, aku yang memandang pun rasa tenang.

Ingin jugak aku bersifat demikian~ sentiasa tersenyum~.
Lebih-lebih lagi orang kata aku nie jarang tersenyum. Malah bermuka masam.
iye aku akui hal itu, bukan aku tak bersyukur nikmat tuhan. Nak buat macam ne.

Oleh itu, aku cuba perbaiki diri dengan sentiasa tersenyum,
Namun aku sedar, makin aku cuba tersenyum makin nampak macam dibuat-buat.

faham sendiri la apabila orang senyum yang dibuat-buat tu macam mana mukanya,
JAdi aku kembali kepada yang asal~jarang senyum.

Aku mencuba untuk memperbaiki diri, tapi ini jadinya. Oleh itu aku memilih untuk menjadi diri sendiri.

8/6/10

aku ingin terbang tinggi.

entah lah.. semenjak dua menjak nie tibe-tibe aku teringin sangat nak naik kapal terbang lagi.

Aku memang suka terbang tinggi, rasa macam best jer.
(memang best pun).
Harapan aku dan x-housemate untuk mendapat Cinta di eport tak kesampaian. Masing-masing sudah tamat pengajian dan membawa haluan sendiri.

EPort? lama dah kami tak jejaki tempat tu. Jadi
macam mana nak dapat cinta di eport?
Cinta eport tu adalah pengaruh dari cerita Korea iaitu, My girl yang kami pernah tonton bersama. Sejak dari tengok cerita tu, masing-masing setkan dalam minda utk mendapat cinta di Eport.

Kitorng rasa babak pertemuan hero dan heroin dalam scene cerita itu memang kelakar dan seterusnya membuatkan mereka kerap bertemu dan bercinta. (Kami rase mcm romantik tu yang nak jugak bertemu cinta di eport).

Cinta di eport tak semestinya jatuh cinta dengan Pilot yang bergaji besar tu, atau pramugara yang bajet Handsome tu.. hoho
Cukupla sekadar bercintan dengan lelaki yang betul-betul sukakan diri kita, ye tak?
Pastu iklas terima cinta kita. Then, Ekonomi yang cukup utk sara hidup selepas berkahwin kelak..dsb.

KEinginan aku memuncak ketika aku memandang ke langit biru. Ya, sebuah kapal terbang lalu.. dan lagi.. dan lagi. Owh, syoknye dapat ketemu cinta dieport.

Ala, angan tinggal angan.
Bukan setakat nak dapat cinta di eport, cinta yang biasa-biasa lagi la tak da. Mcm ne nie iza oiii...kwang..kwang

8/1/10

129

Tu gelaran baru aku, Chehh.. siot tol.

Tauke: Nie apa yang ko tulis kat resit nie? (nada marah).
Aku: Nama saya la~iza.
Tauke: Apsal ejaan nama awak mcam 129 je.
Aku : Itu ejaan nama saya la! iza..
Tauke : ape..apsal ini macam 129?, Huruf 'Z' macam nombor '2', huruf 'a' macam '9'..
ape tak itu 129?! (sinis). Jadi aku panggil ko 129 jeerr.
Aku : Chehhh...

sejak hari tu tauke panggil aku 129!.. bengang tol.

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..