7/25/10

wahai perempuan yang kesian-Kenapa ko cari aku semula?

Tidak tahu nak mula dari mana. Hal ini berlaku 14 julai 2010. Aku membaca Majalah Wanita, dalam suatu ruangan tu ada suatu artikel yang menulis nama Kh******. Ku baca dalam hati tentang artikel tersebut. Setiap kali aku menyebut nama tu, teringat aku kembali kepada peristiwa hampir setahun lalu.

Berdarah semula luka aku, tapi aku abaikan kerana kebetulan sahaja nama itu sama dengan perempuan yang aku anggap KeSIAN la jugak. Ye, aku kesian kat perempuan itu kerana mendapat pasangan hidup yang tidak setanding dengan kebaikannya.

Kesian sangat-sangat, bagi aku perempuan itu patut mendapat suami yang lebih baik dari yang dia dapat. Sendiri mahu ingatlah kenapa aku cakap macam nie.

Tup-tup, Aku buka Tagged aku. Perhhhhhhhh... Perempuan yang aku kesiankan itu telah cuba VIEW tagged aku. Perempuan itu tak kan dapat view aku kerana telah set privasikan profile aku.

Terfikir sejenak, mungkin aku telah menyeru-nyeru perempuan itu tatkala aku membaca artikel yang mempunyai nama yang serupa dengannya.

Kesian jugak kat dia, Aku tahu FB aku dah blocklist dia (dia awal-awal dah delete aku dari FB), tagged pun aku dah delete dia. Aku agak, dia mencari Profile aku dengan mencarinya dari friendlist razis. Yea, aku pasti sangat-sangat.
Bukan aku memusuhinya, tapi itu semua kehendak perempuan itu juga.

Sehingga kini aku tertanya dalam diri~ kenapa ko carik aku semula???
Mungkin kau mula tahu Perangai sebenar Suami kesayangan kau tu.

7/2/10

Buah Dabai Kapit ke Johor.




Gambar buah dabai yang di ambil di website lain.

Catatan ini aku buat khas untuk seseorang yang ku gelar ABANG TIRI. Walaupun gelaran dia abang tiri, dia bukanlah sedarah sedaging aku dan tidak juga ada sebarang ikatan rasmi yang menyebabkan aku mengelarkan dia Abang Tiri. Namun keiklasan dia untuk berkawan dengan aku membuatkan aku terharu.

Catatan ini juga dibuat untuk beliau, sekiranya beliau sudah selesai menjalani satu 'proses....yg dirahsiakn". Ura-ura ada mengatakan bahawa dia akan menjalani proses ini pada bulan Jun 2010. Biarlah aku dan dia sahaja tahu apakah proses itu dan catatan ringkas ini dibuat semata-mata untuk mengingatkan kembali memori beliau terhadap aku.

Perkenalan kami tercetus secara tidak sengaja, Aku memang aktif bermain beli pets di satu laman web sosial iaitu Tagged.

Aku suke beli pets untuk mendapat keuntungan.. atau bonus.
Bila dapat banyak bonus, maka dapatlah aku beli pets yang mahal-mahal.

Paling best bila kita dapat beli Pets mahal dan juga pets tersebut adalah kawan kita sendiri. Bertambah-tambahlah best sekiranya kita main rebut-rebut pets. Pernah sekali tu aku dengan housemate (mek yah) main rebut-rebut pets dari seorang perempuan yang dah bersuami. Pets perempuan itu tentulah suaminya. Marah giler perepuan itu bila tak mampu membeli pets(suaminya)semula apabila harga suaminya itu mahal berjuta-juta. Sumpah seranah je perempuan itu kat kami. Apalagi kami dua dok mesej perempuan tu api-api kan dia. Bile perempuan itu marah, lagi ar kami dua naikkan harga suaminya. Pastu set pets free, bertambah-tambah lah marah perempuan itu kerana GAGAL memiliki suaminya semula. Punyalah suka kami dua, (bengong kan kami?-haha)

Maaf sekiranya ada yang tak faham permainan pets ini.
Aku agak ketagih juga untuk bermain pets ini.

Tiba-tiba aku ternampak profile seseorang yang aku kenali, iaitu kak Azimah. Dia merupakan pemilik asal bilik yang aku duduki k3/b/3/1e. Maka dengan senang hatinya aku membelinya sebagai pets aku.

aik.. aku terkejut apabila ada seseorang yang membelinya semula. Naik angin jugak dibuatnya, amboi kamu mahu main rebut-rebut dengan aku ea?. Masalah itu dapat aku atasi seperti mana aku dapat atasi segala masalah yang pernah aku hadapi suatu ketika dulu. Bagi aku masalah tu kecil sahaja dan aku boleh membersihkan masalah itu umpama sabun pencuci Vanish 'segala kekotoran degil akan hilang'. Ya, memang aku yakin sekali, tatkala aku melihat cash aku lebih banyak dari lelaki itu.

Apa yang pasti harga K.Azimah ini bermula dari harga ribu, ataupun senang cerita empat angka kini telah mencecah $berjuta-juta dolar US. Amboi, memang kamu tidak mahu mengalah yea. Sebelum tidur aku akan pastikan K.Azimah ini kekal sebagai Pets kesayangan. Masih aku teringat keletah lucu K.Azimah, dia seorang yang periang dan senantiasa melawat kami kat bilik D. Kami iaitu aku, Nur dan Noreen akan berbual-bual dengan dia tentang apa sahaja, kadang-kadang sampai ke awal pagi.

Hubungan kami memang rapat, segala masalah dikongsi bersama. Kak Azimah ada mengelarkan kami bertiga sebagai 'Bujatest' yang membawa maksud nakal. Jadi kenangan inilah membuatkan aku tidak boleh membiarkan lelaki ini memiliki sewenang-wenangnya K.Azimah.

Lelaki ini macam tahu sahaja strategi untuk bermain pets ini, apabila cashnya makin sikit dia akan suruh orang lain memiliki dia sebagai pets. Apabila nilai dia tinggi maka dengan itu dia akan mempunyai cash yang banyak untuk membeli K.Azimah M. Tertekan jugak aku, maklumlah ada pets aku yang bernilai ratusan juta telah delete account, maka aku kerugian disitu. Mahu saja aku suruh orang lain beli aku sebagai pets mereka, tetapi tak ramai yang mampu membeli aku kerana nilai aku telah mencecah billion US$. Jadi aku hampir-hampir kekurangan cash flow untuk membeli K.Azimah M. Panas beb.

Bagaikan heroien yang mempunyai semangat kuasa kuda bak kereta Ferari, Empowering your Dreams bak kereta Honda, eh yeke.. bukan ke itu tagline untuk komputer?. Ahh.. apa-apalah, yang penting aku memiliki K.Azimah, Kerana Dirimu Begitu Berharga.

Dengan yakinnya aku bertanya kepada lelaki itu mengapa suka sangat merebut kakak kesayangan aku. Entah macam mana aku boleh mengelarnya ABANG TIRI. Gelaran itu aku bagi berdasarkan segala maklum balas negatif tatkala aku memarahinya merebut Kak. Azimah. Maklumlah, dah streotype mengatakan seseorang yang berstatus Tiri ini agak jahat atau nakal.
Haha, sesuka hatinya aku memanggilnya abang tiri. Dia pun tidak pula beberapa kisah tentang hal itu, malah menyukainya pula.

Profile lelaki itu K**** Stan. Amboi, suka hatinya dia bila aku marah padanya, sudahnya dia pula mengapi-apikan aku sepertimana aku pernah buat satu ketika dulu. Ya, aku terkena juga akhirnya dengan lelaki ini, itulah siapa suruh buat kejam dengan bini orang. Padan kemuka aku.. hahaha, aku menggelakkan diri sendiri.

Dari rebut dan merebut Kak Azimah nie, lama-kelamaan kami berdua menjadi rapat. Macam ne ek jadi rapat? aku pun tak berapa pasti.

Aku mula berbaik dengan Kaiser nie apabila dia mengatakan bahawa dia rakan baik pada Kak. Azimah di Maktab perguruan di satu daerah kecil di Sarawak (lupa di mana). Dia mengatakan begitu dan begini tentang Kak. Azimah.
Aku pun syok mendengarnya, tambahan pula aku ni sayang bangat dengan kakak segala bujatest tu.

Dari situ kami berdua mula berkongsi tentang hal peribadi masing-masing. Ala 'introduce myself' la kalau cakap orang putihnya. Akhir sekali bertukar-tukar alamat email untuk ber 'YM'.

Apabila dah ber 'YM', barulah aku tahu yang si Abang Tiri nie bakal guru(sekarang sah menjadi seorang guru) yang agak mengong la orangnya. Apalagi aku dan dia dok berbual-bual kosong secara on9. Pantang nampak sahaja aku atau dia yang on9, mesti kami berchating. Kami seolah-olah ada chemistry yang membuatkan kami berdua sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Teman tapi mesralah katakan.

Berbalik kepada tajuk Buah Dabai Kapit ke Johor. Aku ini boleh dikatakan suka makan buah Dabai. Ketika aku ingin berangkat pulang ke Johor aku dengan muka tidak berapa malu ini pun meminta Abang Tiri kirimkan buah Dabai ke Johor, yakni ke kampung halaman. HAHAHA.. aku ada nombor telefonnya, tapi aku tidak berapa suka ber 'sms',jadi aku tidak bersms dengannya. Bosan ar weii SMS. Menci.

Empat hari aku dikampung halaman dan bungkusan Buah Dabai pun Sampai. Bungkusan itu mengambil masa sehari sahaja untuk sampai, jadi buah itu masih Segar bugar. Di bungkusan itu tertulis nama A**** R*****, daerah Kapit yang ditujukan kepada aku. Gembiranya aku ketika itu tidak terkira.

Aku memperkenalkan buah itu kepada adik beradik. Diorang nie tidak tahu bagaimana hendak memakannya. Lalu aku mengajarnya. Baki buah tu aku jadikan benih dengan harapan pokok itu akan tumbuh dengan segar.

Sekembalinya aku dari kampung halaman ke sebuah daerah kecil di Sarawak untuk menuntut ilmu  di *****, aku masih berhubung dengan abang tiri melalui YM. Tidak ada apa yang istimewa yang ingin dibincangkan, cuma sekadar suka-suka. Biasanya topik perbincangan kami adalah pengalaman hidup. Aku terkejut jugak sajarah hidupnya yang agak pelik, usia sebenarnya 29 tahun. Perkara ini terjadi kerana terlewat mendaftarkan diri ke pejabat Pendaftaran Negara dek kerana tempat tinggalnya di pedalaman. Mengikut umur yang tercatat di surat beranak, umurnya kini 26 tahun.

Dia sempat lagi mengatakan, hanya tiga orang sahabatnya sahaja tahu usia sebenarnya termasuklah aku. Haha, kesian. Dalam pada itu, kami juga ada bercerita tentang pengalaman bercinta. Dia mengatakan bahawa dirinya baru sahaja putus cinta, tapi telah mendapat cinta baru. Seorang perempuan telah lama meminatinya dalam diam.. Argh.. aku cemburu mendengarnya. Bukan aku menaruh harapan kat Abang Tiri, cuma aku ingin tahu samada ada orangkah yang mencintai aku secara 'senyap'. Tapi aku rasa perkara itu musatahil, kerana aku ini biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa sehinggakan orang boleh teringat-ingat pada diri aku ini.

Bulan Jun semakin hampir, justeru itu, dia menulis seberapa banyak KLUE yang menyatakan perihal dirinya dan orang-orang di sekeliling. Abang tiri pernah menyatakan bahawa dia menulis klue ini di diari dan di dinding rumah. Hal ini memudahkan dia untuk mencari semula "dirinya" yang telah hilang.

Alhamdulillah, Aku telah mencadangkan Klue 'Buah Dabai Kapit ke Johor' sebagai klue untuk dia mengingati aku.

Kini sudah bulan Julai, aku rasa 'journey' abang tiri aku sudah bermula.

Gud Luck.

please remember me ok.

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..