9/29/09

A Banana Tree

How could I love her
I have no love left in my heart
Am I too stupid
For not opening the door to my heart

It's not that I don't want to open it
but the key is lost
together with the one
who was once lived in there before

Perhaps it's true that maybe
I am destined to flourish only once in my life
Like the banane tree

Too brave and honest she is
to put her heart out
to let everybody know that
her fruit is coming out soon

the lovely banana that she worked so hard to produce
but at last
she ended up dying
after her love was taken away...

by; My friend Lutfy G,


9/28/09

teruna vs dara

Baru-baru nie housemate aku membangkitkan isu teruna dan dara. Dia punya topik senang je, "kenapa lelaki nak cari yang dara sedangkan ,mereka belum tentu teruna". Menurutnya lagi yelah kan lelaki suka pasang aweks ramai, pasang sepuluh pastu cari satu yang terbaik. Tapi dlm pada tu mesti buat ringgan2 -yg berat pun ada- dah tu tak da jodoh tgglkn perempuan tu. Mereka akan anggap perempuan tu hilang "sesuatu" dan mengaggap lelaki tak luak apa2, sedangkan mereka sama2 hilang "sesuatu". Tapi kenapa lelaki tetap mencari si dara sedangkan mereka tak menjaga maruah'keterunaan' mereka jugak?. Bagi korang adil ke'keterunaan' diorg dibagi kat orang lain? huhu..^_^

9/26/09

Raya di Johor


Ini rumah atok yg jauh 5minit jalan kaki dari kediamanku

Setiap 1 syawal, aku dan adik beradik akn serbu kerumah atok (belah mak) utk berkumpul ramai2. Kat situ keluarga Hj.Mohd Noor bin Lamin akan berkumpul, tak kira la anak sehggla ke cucu dan cicitnya.

Kebiasannya, pagi syawal lingkungan jam 7.30am seluruh keluarga kaum kerabat akan duduk berkumpul membuat bulatan di ruang tengah rumah atok aku nie. Diketuai oleh atok aku, dia akan membuat sedikit ceramah agama etc sesudah tu dia akan berdoa. Kami yang ada akan mengaminkan doanya. Sesudah itu, kami akan bersalamn dimulai oleh anak2 Hj. Mohd Noor, dikuti oleh cucu berserta pasangan masing2. Time nie kami akan bersalaman sesama sendiri menangisi kesilapan yg lalu. Keiklasan memaafkan tu aku tak dapat komenla, tu hal hati masing-masing. Apa yang pasti time nie sume akan menangis. Duit raya ofcouse la dapat..
selesai je upacara salam2 nie. Kami beramai2 naik van menuju ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri. Bagi yang tak ikot tu akan duduk rumah dan berkemas2 utk final touch.

Selepas solat sunat aidilfitri, akan ada 'Bara'an', istilah ini berkaitan dengan perkataan 'berarakan' yg lazim ada di Johor. Bara'an ini adalah kumpulan anak muda yang datang rumah ke rumah dan membacakan doa selamat dan salawat nabi. Mereka akan membawa tabung untuk didermakan ke Masjid. Biasanya Bara'an ini di bahgikan kepada 3 kumpula iaitu, kumpalan Pemuda, Kumpulan Orang lelaki vateran dan Kumpulan perempuan. Tiga kumpulan ini akan mula dari rumah kampung yang paling hujung sehinggalah yang terakhir. Aku biasanya akan sertai kumpulan ini keran segan untuk beraya rumah kerumah macam budak kecik. Jadi inilah peluang yg aku ambil utk melawat jiran tetangga.

9/24/09

Ada sebab jadi macam tu

Ada sebab jadi macam tu..Ada sebab jadi macam tu..Ada sebab jadi macam tu...
So, semua nya bersebab. Lahir kat dunia ni pun bersebab. Jumpa, berkawan, berpisah pun bersebab. Berpisah tu adalah yang terbaik, tapi kenapa tak terus terang?? penakut kah?? Sebabnya apa??

9/18/09

Cinta Sang Ratu.

Hari ini, aku terjumpa Novel kegemaran X-hosemte aku Cinta Sang Ratu kat CAIS. Aku membelek-beleknya "macam pernah kudengar tajuk nie... apa ek.." Lama gak berfikir. Terus teringat kat Nur Quistina, laaa.... ini kan buku yang minah tu suka baca time 1st year dulu tu. Time tu, puas la minah tu promote kat aku suruh baca, tapi tak berkesan.. huhu. Tapi ntah, kali ni tergerak hati aku untuk meminjamnya dari CAIS. Aku baru sempat baca sehelai jer. Memang best la citer tu. Just aku fikir boleh abis ke aku baca buku setebal tu? karang aku tengok mula-tengah-akhir...hihi.
Whatever, i'm trying to finish up.

My Family



Ini merupakan animasi yang aku edit khas untuk Family aku..
Rindu kat diorang, lebih-lebih lagi Lebaran kian menjelma. Aku paling rindu kat Jimmy, si bungsu yang berusia 7tahun tu. Rindu nak buli dia sebenarnya nie. Hihi

9/17/09

-Angka 28-

Ntah apa yang hendak ditunjukkan kepada aku kali ini, yang pasti aku selalu nampak angka ini dimana2, macam seolah-olah aku sedang diberi clue untuk sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Angka ini kerap muncul, mendesak-desak aku untuk merungkaikannya, tapi aku buat dek jer kerana, mungkin itu satu kebetulan sahaja.

Lirik lagu Nur Kasih (Yassin)


Semanjak meminati cerita bersiri Nur Kasih, aku dah jatuh suka dengan lagu nie. Nur Kasih juga adalah nickname kepada Xhousemate ku yang bernama Sajidah. Dia menggunakan nickname nie kat Tagged sejak kami aktif main Tagged pada Januari lalu. Paling aku tak lupa bila kami berebut nak naikkan value masing2 dan akhirnya impian aku tercapai. Value aku tertinggi diantara kami bertiga-Rokiah, Sajidah, aku-, yang sedihnya mereka delete akaun tagged lepas konvokesyen hari tu.. Wehh aku rugi Berjuta-Juta tau!! tak puas hati betul, huhu.....
Apa-apa pun, aku mesti teringgat kat dia setiap kali aku tengok cerita ini.


Nur Kasih:

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain untuk setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih..


Lagu nie aku suka sangat, memang best!!
Kepada si Dia, Kamu be2 berhak untuk bahagia...

9/16/09

FACEBOOK- Adik aku yang on9 kan..

Salam semua, aku nak bagitau kat korang yang akaun Facebook tu orang lain yang on9kan, yang pasti orang itu adalah orang yang aku percayai. Aku dah suruh -adik- untuk selalu aktifkan dan password pun dia telah tukar, aku sendiri tidak tau apa password tu. Hal ini untuk kebaikkan aku juga, kerana aku dah ketagih Game yang ada kat situ. Justeru itu, korang kalo ada apa2 hal yang mustahak jgn email hal peribadi kat situ. Klo -adik- aku post 'what new' tak la jadi kesalahan untuk korang komen, kerana aku yg suruh post mcam gitu. Whatever, Thanks to your coopration.

9/14/09

Kenapa Hari Isnin?

Aku rasa aku tak suka hari isnin, tiap kali hari Isnin mesti aku rasa seolah-olah buat kerja serba tidak kena. Ada jer yang berlaku, bila tension aku akan tido. Kalau dah tido macam ne la keja nak siap ek..

9/13/09

Hipokrit??

'Muka sama hijau hati siapa tau'...
Ini merupakan sebahagian daripada lirik Mantera Beradu nyanyian Too Phat & M.Nasir, sekilas dengar memang tak faham. Tapi lirik tersebut mempunyai maksud yang mendalam. MUKA SAMA HIJAU, maksudnya Beragama Islam, HATI SIAPA TAU maksudnya tiada siapa tau maksud tersirat dalam keislaman orang tersebut. Telah kulihat orang yang kononnya alim, kononnya begitu..begini yang kononnya warak,bertudung labuh dan berkopiah, solat tidak tinggal etc. Cakap selalu sopan dan itu begini tidak boleh, tapi sekadar untuk mendapat perhatian orang sahaja. Mungkin diri bangga dengan kewarakan dan suka "mempromosi" tentang hal2 keIslaman. Okla kalau dia buat begitu untuk menginggatkan kepada orang lain supaya untuk MENJADI LEBIH BAIK. Tapi yang tidak bestnya, orang yang menulis tentang artikel keislaman tersebut membuat perkara-perkara tidak baik. Mereka suka & terus menulis hal2 keislaman sedangkan diri mereka tidak mengambarkan apa yang mereka "promote" kan. Aku akui yang diri ini biasa2 sahaja, dengan itu aku tidak la terhegeh2 nak tulis tentang ilmu-ilmu keislaman sedangkan aku tidak tau apa2 pun. Bak kata seorang kawan aku tu 'Saya tidak dapat bagitau awak, takut nanti tidak adil dalam menyampaikan'. Hakikatnya, kenapa orang suka mengakui tinggi dalam hal-hal keislaman hanya kerana untuk mendapat sanjungan orang?

header

Header nie aku yang edit sendiri. Ilham dari mana ntah, yang pasti klo nk delete kena cari 'sumbernya tag'. Cian nur tak dapat delete header tu. Hebat tak aku buat. Huhu...

psst: poyonyer, hihi

9/9/09

eh?

aku dah adjust utk org bleh comment kat bolgs aku. Knapa masih ada yg adu tak dpt koment?
aneh tul

9/8/09

Akhirnya!!

Tercapai juga cita-cita aku untuk meletakkan header yg menggunakan gambar yang aku edit sendiri edit. Tak sesia dua hari dua malam bersusah payah mengedit HTML aku nie. Alhmadulillah, masih ingat lagi aku pada ilmu scripting kat Adobe Dreamevear CS3, jadi benda nie sikit sebanyak membantu aku mencari & mengedit HTML.

9/7/09

Edit layout baru-edit sampai pedih mata hihi

Hari nie aku tido 2 jam je (2.30a.m-4.30a.m)Pastu terus bersahur. Ntah kenapa aku tak dpt tido.By that, saya bercadang untuk mengubah layout blogs untuk nampak lebih mature. Herm, pilih punya pilih akhirnya aku terjumpa layout yg agak sesuai dgn aku. Tp ada masalah sikit dari segi image header dia yg agak besar dan berbentuk bunga. Aku nie bukan minah jiwang, so aku cuba bnyak kali copy paste HTML dan cuba cari mana sumber data image bunga tu. Dari jam 6.30am sampai la sekarang almost 10.40 a.m baru la aku dpt cari dan delete tag image bunga tu. PAyah gak nak Telek scripting image tu. Hadoi panjang gilerrr scripting HTML nie...dah jumpa tag image aku delete la, bila view blogs kotak heading plak besar.
Adjust tadi dah tak tau sumber mana yg berubah...puas aku belek dari atas kebawah, macam sama je.. Nak tak nak Copy paste smle HTML tu dan delete tag image tu dan adjust kotak. Alhmdulah, kotak tu mengecil dari yang asal.. Then aku try la masukkan Gambar aku kat HEADER dia.. alamak, dia nak gne pakai HTTP.blabla.bla.jpg! mulanya aku blur!! then aku dapat idea, buka Profile tagged ak thn klick salah satu gambar aku kat situ, secara tak langsung aku dpt adress http;blabla.jpg!! aku masuk kan la kat commant tag bahagian header tadi. Try lak view.... hurmmmmm hampeh!!! gambar aku kuar sekerat je kat situ. Sengal rasa, klo nk adjust mesti makan masa lagi. Mata dah pedih cz aku tgk PC sejak aku abis solat subuh lagi. So, nak selamat aku biarkan dulu, tapi yang penting BLOG LIST dan FOLLOWER kena kuarkan kat blogs aku. Klo tak nampak pelik blog aku nie,
then mana la tau Tuan Hj. Syhnzm tgk blogs aku tak da dua benda tu apa tak naya. hihi.
Now kul 11.am, aku nk sleep kejap. HARAP TAK TERLAJAK TIDO-cz petang ada kelas.

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..