11/27/10

kenapa tiba-tiba aku teringgat kau?!

tenggah aku sibuk bekerja,
tiba-tiba, wajah kau jelas
difikiranku..

eh?? kenapa lak aku teringgat kat kau?
sangat jelas wajah itu,
makin aku cuba abaikan apa yang aku rasa,
makin kuat imej kau dlm
fikiranku,

kenapa ek?

kalau dulu aku terasa seperti itu,
bermakna kau ada disekitarku,
ya, tak jauh dari aku.

***

teringgat dulu,
kita jarang jmpa,
hanya sms/YM
sebagai penghubung 'cinta' kita,

kau mengajar dipendalaman Sarawak,
tiada telefon, tiada line internet,
Balik ke Kuching hanya waktu tertntu,

yang bestnya, aku tau kau bila kau
balik,
tanpa kau bagitau.

buktinya?
bila aku sms, terus je kau balas tanpa 'pending'.

tapi buat apa aku nak iggt kau lagi?!!
kan kau dah bergelar suami orang,
aku pun bukanlah jenis perosak rumah tangga orang.

teringgat gelaran yang aku bg kat kau.
-Batu.

tak sangka pula,
bakal bapak mertua kau, bernama
'Awang Batu'.- haha.

dah bertunang dua tahun,
tapi ngaku tak berpunya,
siap bawa aku jumpa bapak kau
lagi.

aku inggatkan kau betul-betul serius,
tapi....

***

pagi tu, kenapa tiba-tiba aku teringgat kau?

owh, mungkin kau nak
bagitau yang kau dah menjadi
seorang 'ayah'.
apa-apa pun terimalah ucapan
Tahniah aku dari jauh.

dan tahniah juga, kerana kau telah buat aku tak percaya
lelaki smpaila sekrang.

11/25/10

cuti hujung tahun-pesta kenduri kahwin.

Macam dah menjadi trends pulak, kalau cuti akhir tahun mesti ramai yang berebut-rebut nak melangsungkan majlis perkahwinan. Kadang-kadang satu hari tu sampai empat-lima tempat.

Aku nie bukan apa, semenjak aku balik kampung dan bertemu rakan lama ramai yang menghantar kad jemputan kat aku. Kad tu berbondong-bondong banyaknya. Nak gie semua tu, ada sikit payah. Maklumla, aku kerja ikut shift yang sentiasa bertukar hari. Kalau jatuh hari ahad bekerja, maka aku pun kerja, tak leh gie majlis korang. Bukan nak menyombong, takkan setiap minggu nak cuti?.

Aisheh, kadang-kadang bila difikir-fikir.. aik, dia nie dengan dia nie. Alahai, ada jodoh rupanya korang. Hehe.

Pernah aku terjumpa kawan lama kat FB sudah pun mendokong anak sendiri-kawan lelaki, sebelah kampung. Dia berkahwin pada usia 21 tahun. Comel anaknya.

Apabila tgk anaknya, teringin gak nak tengok muka wajah anak aku nanti macam mana- Aneh aku nie, wajah calon suami tak tahu lagi da tak sabar nak tgk muka anak. Apa yang best, adik perempuan aku tidak terkecuali. Dia sudah pun mendirikan rumah tangga.

Nie  gambar majlis kahwin adik aku beberapa bulan yang lepas-kenduri sebelah lelaki; tema maroon.


cantik stlye gambar nie.. adik aku pun cantik.


Norita &Noryzan



aku berbaju kurung kelabu, kakak aku-rina, adik aku yang poyo-ijol dan cousin-erny. Yg lelaki berdiri itu, aku tak kenal-tak sempat interview. *haha




teringat masa nie, aku sempat brbual dengan mak usu aku. "cube ucu tengok, bahgianya muka ita". Mak usu aku pulak 'nanti kalau ko kahwin wat macam tu jugak, mesti bahgia macam tu.'
Ramai gak kawan seusia aku yang dah berumah tangga dan bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun nie. Apa-apa pun aku ucap tahniah untuk korang. Semoga jodoh berpanjangan dan bahgia selama-lamanya.

psst; teringat mak usu aku pernah cakap;  'Ucu rasa jodoh ko tua sikit, tapi banyak duit'.
        
-Hurmm, satu kenyataan yang wat aku tergelak-gelak. Aku sedar, aku bukannyer cantik sgt pun nak kawin lelaki berduit.Lg, orang selalu tersilap pandang,-orang bajet aku nie dah berkahwin, maklumla muka looks so matured.

Apa-apa pun lelaki tu mesti terima aku LillAllahi Taala.

11/24/10

kenapa kau seekor kucing?


Nama kucing nie Bunchet; perutnya buncit sebab itu dinamakan bunchet. Tapi kucing nie dah lama hilang; pernah satu ketika dulu, aku betul-betul rindu kat kucing nie dan aku terus tukar nama FB aku kepada Bunchet Hilang.

kenapa kau jadi sekor kucing?
itu persoalan yang pernah terlintas dalam hati aku,

aku boleh dikatakan suke main dengan kucing, lebih-lebih lagi dengan anak kucing, mak kucing, bapak kucing, atok, nenek kucing, sampaikan mentor aku time univerct pun bernama kucing -Miss Miaw. Miaw dalam bahasa cina bermaksud kucing dan dalam bahasa melayu sarawaknya pula 'pusak' dan ingerisnya pula Miss Cat. Hidup aku tak lari dengan kucing.

Entry kali ini bukanla cerita pasal my former lectr tu, tapi cerita pasal kucing aku yang ada kat rumah.

aku perhatikan kehidupan kucing nie.

1, makan
2, tidur
3, mati.

itu hal yg ketara yang boleh aku dapat perhatikan pada setiap kucing2 nie.
bagi aku kehidupan kucing nie tak la begitu indah. Bila mereka buat silap mereka akan dipukul disepak tanpa ada kebolehan utk berkata-kata atau membals balik,
paling tidak pun mereka terus melarikan diri.

Usia kucing pun tak begitu panjang-10tahun hingga 15 tahun sahaja.

Hidup pulak boleh la dikatakan tidak begitu indah, sebagaimana aku-seorang manusia.

tapi kenapa kau seekor kucing??
mungkin aku perhatikan kelemahan yg ada pada kucing,

dan secara tidak sengaja telah membandingkan keistimewaan aku sebagai manusia. Memang tidak dinafikan manusia adalah makluk Allah yg sempurna ciptaannya.

Sebab itu aku terasa bertuahnya menjadi seorang manusia berbanding kau-kucing.

segala-segala yg aku fikirkan tu terhenti apabila tiba-tiba aku teringat;

'manusia di akhirat kelak segala amalannya akan dihitung, manakala semua haiwan-haiwan akan kembali semula menjadi TANAH'

atau bahasa yg lembut
"nikmatnya tak terhitung kerna kucing takkan 'dihitung amalan' pada hari perhitungan sedangkn insan nasibnya masih tergantung-gantung.."

ya.. lebih kurang gitu lah bunyi ayat nya..

aku tersentak, rupanya kau kucing, hidup ko lebih bertuah dari aku!..

11/8/10

Semalam Kita Jumpa, Hari ni kau tiada.

Aku selalu terpandang kasut putih sut utk baju antisatic-bebas habuk yang bertulis nama Lenny.

Kawasan ini merupakan pekerja memakai baju set lengkap ala2 angkaswan, hanya mata saja yang nampak(macam burqah). Jadi tiap kali rehat kami akan gantung baju itu kat kawasan ini dan keluar ke kantin memakai baju uniform biasa. Kira kami pakai dua set baju yang berlainan.

Hati aku terdetik, mungkin orang ini orang cina. Aku abaikan apa yang aku nampak, tapi tiap kali aku lalu situ insyallah akan ada kasut itu. Dan mata aku akan tertarik untuk melihat kasut bertulis nama -Lenny. Mungkin dah tempat dia-Lenny letak kasut disitu. Tiada apa yang istimewa tentang kasut itu, cuma aku sedar 'kewujudannya'.

*******************************************************************************

Aku pelik tengok kawan satu line tergelak-gelak melihat seorang foregirl(berjawatan tinggi/menjaga line). Ape entah yang diorang gelakkan. Aku tanya diorang,

'cuba kau tengok, perempuan tu. Ade ke kat kawasan tak perlu pakai tutup telinga nak pakai jugak. Kan kat sini tak bising...hahaha'

'ha ah, lain la kat bahgian mesin tu..haha'.

sekali perempuan tu pusing menghadap lain, aku ternampak nama -Miss Lenny.

La, dia rupanya! mati-mati aku ingat dia cina. Lawa lah dia. Kulit gebu, berjawatan pulak tu. Bagi aku dia sempurna dan aku bajet perempuan ini belum berkawin.

SEjak tu, aku sedar yang dia slalu lalu-lalang kat sekitar aku bekerja. Dia jaga line lain. Jadi tak da peluang untuk beramah mesra.

Tabiat aku juga tetap tidak berhenti utk tgk Kasut si Lenny ini. Entah, macam ade magnet pulak. Aku pun tidak pernah terfikir kenapa aku jadi macam tu. Aku abaikan ape yang aku rasa.

ANEH kan?? mesti ada sesuatu yang menyebabkan aku tengok kasut dia, tapi aku sendiri tak tahu.

*************************************************************************************

7 Nov 2010,

'Kenal tak Lenny?? Dia meninggal dalam kebakaran kul 1.00am semalam'

'Hah! terbakar? meninggal dalam kebakaran?!!'

'iye, Lenny..'

once again aku terkejut 'LENNY!!!??'

'Yea, dia dengan anak perempuannya tiga tahun. Tak sempat di selamatkan. Abang dia dengar dia menjerit mintak tolong. Tapi tak dapat tolong.'

Peh!!!!!! giler ar, kalau aku memang akan ingat jeritan itu seumur hidup!

'dia dah kahwin kak? saya inggat bujang, dengan anak plak tu..ermm'

'yea, dia dah kahwin. Ibu tunggal anak satu. Dia mati berpelukan dengan anaknya. Katanya, bekas suami,adiknya dan polis tolong kutip abu-abu &daging2 yg terbakar, Tinggal tulang belakang je lagi. Anaknya hilang kaki sebelah.'

Sayu aku dengar bila seorang ibu mati berpeluk dengan anaknya. Aku hampir menangis.

Tak caya aku dengar, aku yang tak berapa rapat dengan dia pun 'terasa kehilangan'.

Sedihkan??

aku pun tak sangka inilah pengakhiran cerita dan kisah hidup Lenny orang yang aku sendiri tidak tahu kenapa aku tertarik untuk melihat kasutnya.

Kat sini artikel harian metro yang menyiarkan cerita Lenny.



:Gambar print page dari artikel berkenaan,
sila double click kat gambar berkenaan untuk imej yang lebih jelas.










Mati Itu Pasti, Hidup Itu IsyaAllah.
***

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..