8/28/09

Sakit?

yup, memang hati jadi sakit bila orang kenakan kita,
tapi...haruskah kita membalasnya?
haruskah org tu rasa apa yg kita rasa?
puas hati kah bila tgk dia pun sakit macam kita?
so..sabar je la..

8/23/09

kekasih bertukar menjadi sahabat?

Kekasih bertukar menjadi sahabat? Dia kekasih aku ke? Aku pun tak rasa macam tu, lama aku rasa dia bukan aku punya. Tapi, kali ini i'm follow the flow. Kenapa tidak untuk aku mencuba. Ya, kenapa tidak kan?...
Dia layan aku dengan baik, tapi ada gak kelakuan yang dia buat aku tak suka. Aku tutup sume kesilapan yang dia buat, yang pasti memang kesilapan besar. Kadang-kadang aku tau dia menipu, tapi aku buat tak tau. Kenapa ek? entahla..mybe aku rasa, biar aku tau dia tipu, asalkan dia tak tau yang aku tau dia menipu. Mudahkan…
Baru-baru nie dia bagitau dia mahu aku jadi sahabat shj dan bukannya kekasih..terkejut gak dapat tau. Menangis?? tentu sekali tidak. Walaupun benda nie aku tidak jangka pun. –Walhal dah rasa awal2 lagi yg dia bukan untuk aku.
Bagi aku menangis tu tak dapat bagi jalan penyelesaian pun, walau aku syngkn dia. Aku orang yang tak berperasaan ke? Jawapannya= aku bukan orang yg tidak berperasaan, Cuma aku dapat MENIPU apa yang aku rasa. Bila aku makan cili, aku akan cakap cili tu manis… orang pun akan percaya yang cili tu manis. Cili yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya aku akan cakap rasanya manis. Sampaila satu tahap, cili yang ke seratus tu pedas sangat2..aku akan minum air juga. Semestinya pada waktu itu, orang tak tau aku kePedasAn. Seriusly, aku tak menitiskan air mata macam orang putus cinta etc. Thanks kpd abah aku yang ajar aku jd kuat. ‘Jadi perempuan jangan LEMBIK sangat. HIDUP jangan harap pada lelaki sangat. Jangan menyusahkan orang, Selagi boleh buat sendiri buat la. Ko nak pergi mana2 pun pergi la.. ASAL TAK CACAT DAN MATI SUDAH’. Sebab itu, bila aku rasa nak pergi or buat sumthing aku tak teragak2.
So dalam hal nie aku tak salahkan dia, malah hormati keputusan dia kerana setiap orang ada kemahuan masing-masing. Walau sesayang mana sekali pun kita kat orang tu, kita tidak dapat paksa orang untuk suka kita. Dia ada keputusannya yang sendiri. Apa yang boleh kita buat adalah pertama ‘sebutkan ciri-ciri kualiti seseorang yang kita mahu’, ‘percaya orang tu memang milik kita’ dan akhirnya kita akan dapat seperti yg kita mahu(LOA). Oleh itu, orang yang datang kat kita adalah orang yang seperti yang kita mahu, walau orang itu tidak la ada rupa etc.
Aku masih dapat berfikir secara baik, krn aku tau setiap kali kita berjumpa dengan seseorang mesti ada sebabnya yang telah tuhan tentukan. Tak kira la lelaki atau perempuan. Walau kita berjumpa dengan seseorang itu sekejap, tapi mesti ada sebab. Lepas nie aku terima dia sebagai SEORANG SAHABAT seperti yang dia mahu. Yang pasti dia kesunyian dan perlukan teman untuk berbicara dan bukannya KEKASIH.


pss; cerita dari sum1 kpd sum1 =O?

8/14/09

besday ooo besday

Semalam 13 ogos merupakan besday my bestfrnd kat smjng -Zanariyah-. Dia ambik jurusan bioteknologi kat unisel. Dia merupakan rakan sekelas semasa tingkatan 4, 5 , 6. Kami ambik kelas sains tulen dan duduk kat meja belakang sekali. Yelah, dah nama kelas sain tulen satu, so kami nie katagori pendiam. Tak la kecoh mana pun, sampaikan budak kelas yang nakal2 lalu depan kelas kami nie cakap 'senyapnya kelas nie'. Bagi iza zanariyah ni baik, walaupun dia tak sempurna mana..tp iza terima dia seadanya..
Walaupn lama x jumpa, Iza sempat wish besday kat dia. Tapi yang tak bestnya iza tak angkat pun panggilan telefon dia. Arggh...
kenapa selalu aku tak angkat tipn time org yg aku syangi call? sakit jiwa dibuatnya.
Paling teruk aku blh lupa wish besday MAK sendiri!! huhu, jahatnya aku..
Iza da iggtkn diri yg besday mak pada 10 ogost, tapi malangnya aku lupa gak.
Iza teringat besday mak apabila menerima sms yg aku dpt mms pict yg bertulis 'besday mak'..
yg sedihnya, hp aku tak leh terima MMS pictre. SEDIHNYAAAAAA
tak dapat tgk gambar tu!!!
aku call mak n wish besday kat dia. Mak tgh masak utk org dtg belajar. Almaklumla, atok aku skrg duduk dgn kami. Mak happy cz dia dapat smbut besday.. kek, kak rina dan ita yg sponser, msti meriah kan..
aku je asyik miss that valuable moment. Mak kata Jimmy tgh merajuk cz mak tak layan dia. Hurmm tak abis2 jimmy nie.. Weiiii rindu kat jimmy la. Mak pesan, kawan dgn org baik2, JGN BERANI SGT...JLN HATI2 etc..
ERmmm.. mak aku nie mcm tau sesuatu jerr... hoho..

8/12/09

Kolej Alamanda tak da air?

Di jangka bekalan air terganggu dari jam 12 pm-keesokkan hari. Mati kepanasan aku, dah la awal pagi-pagi lagi aku dah bertolak ke eport ambik member budak fine art(lala) yang konvo sem nie. Fligth dia smpai jam 9am, ambik dia pastu pergi hantar ke unimas. Jam 11.30am seorang budak fine art(agnes) lagi kena ambik kat eport, hantar dia ke bunga raya. Jalan pagi agak sesak, sampai unimas dalam jam 12.3opm. Adeii lambat 30 minit da kelas pengurusan peladangan kat FSTS.
Nasib baik member tu pandai drive, just dia tak da lesen jer. Dia gie hantar aku ke FSTS. Cepat jgk la sampai. Tengok-tengok, lecterr blum masuk, ngam2 6minit aku masuk lectrr pun masuk. Nasib baik sempat.
Petang lak aku rehat, then jam 8.20 aku turun lagi ambik sorg lagi member X-housemate(nur quistina) kat eport. Nang BZ aku hari nie, da rasa macam 'supir' eport lak. Balik rumah terus je makan malam, badan lak kepanasan. Cuaca panas, berjerubu jer. Tepat jam 11.15 aku dengan dua orang kawan (pelajar veteren), terus packing barang dan gie mandi kat FIT. Huhu...
Lalu kat bilik air lelaki, ramai jugak rupanya yang mandi kat toilet situ. So, takla rasa jangal sangat. Jumpa junior hosemate iza tengah on9 kat situ. Junior housemate Iza cakap kenapa tak mandi kat FSTS? kan situ dekat, lagipun diorg mandi kat situ jugak tadi. Iza cakap, ni dah lewat dah untuk gie FSTS. Atleast FIT orang tak kisah sangat kalau ada orang malam2, coz ramai student on9 kat situ.
So, apa lagi tarikh 11 8 09, first time aku mandi kat FSCIT(FIT).. =)

Ikan UNIMAS part 2

Belum sempat menjengah subuh, seekor ikan dah mati. Apa yang pasti, air yang diisi dalam balang tu air paip. Mungkin ikan tu tidak tahan dengan klorin. Pagi esoknya, dua ekor plak mati. Maksudnya, kesemua ikan yang ditangkap tu mati.

8/11/09

JALAN-JALAN KUCHG

Malam nie aku dan dua orang classmate kuar jalan sumwhre kat kuching nie. Malam nie spciel sikit coz aku dapat jalan gie empangan air kat sungai yang  waterfront. Hari hujan renyai-renyai, kami bergegas ke tempat lain. Buat pertama kalinya, Iza berpeluang melihat bangunan DUN negeri Sarawak dan bangunan ASTANA secara dekat. Kat sini sudah tiga tahun, dan masuk tahun keempat di Sarawak, itulah pertama kali gie situ. Biasanya tengok dari seberang sungai saja. Genap tiga tahun memasang LOA, skrg impian tercapai. Tiga tahun tu bleh dikira lama gak.

8/10/09

Ikan UNIMAS

Tangkap ikan unimas dengan plastik bag??
Haha, bengong la... orang rumah gelak-gelak jer..
Mana taknya, lepas ditangkap pastu simpan kat balang. Nak wat ala-ala akuarium la gamaknya. Loll la diorang ni. Sapa yang tangkap tu rahsia. =)

8/9/09

Tipu, menipu dan ditipu

Tipu?
Satu istilah yang Iza anggap agak keterlaluan, lebih-lebih lagi orang yang menipu tu orang yang paling rapat dengan kita. Kenapa dia sanggup menipu?? tak tau la, tapi antara sebab yang paling logik adalah menipu untuk menjaga hati, menutup kelemahan dan menunjuk kehebatan. Semua alsan itu sebenarnya adalah untuk kepentingan diri sendiri. Logik ke apa yang Iza cakap nie? mestilah, takkan ada orang sanggup menipu untuk kepentingan diri sendiri ye tak?

Ntahla, mungkin kebesaran Ilahi yang sayangkan Iza. Iza tau yang Iza nie bukanlah golongan yang jenis bertudung labuh, cakap sopan santun, ber'ana' ber'anta' etc. Kasih sayang Ilahi memang tidak terbatas. Cuma diri kita yang selau alpa dengan larangannya. Hakikatnya, kita nie bukanlah 'orang baik-baik, tapi kita boleh jadi lebih baik'.

Berbalik dengan persolan tipu nie. Iza tanya dengan iklas kat kawan baik samada dia ikut keprogram anak angkat ke Asajaya ke tidak. Dia balas sms 'aku banyak asigment nie, tak ikut la. Buzi sesangat nie'. Iza balasla 'bagusla ko utamakan yang penting'. Tambahan pula, Iza tak dapat sertai program tu. Sebelum nie, Iza ada menyatakan hasrat untuk sertai program tu, ye la raya nie dah ada petanda tak balik kampung. Lagipun memang hasrat Iza nak cari seramai mana family angkat kat Sarawak nie. Jadi, kalau dapat family angkat dapat la beraya dengan diorang. Tak la nanti rasa bosan sangat sampai nak bunuh diri hihi..

Kekantoian dia bermula.
Iza tak perlu susah payah mengorek rahsia. Tetapi dia sendiri yang mengantoikannya. Malam ahad, Iza dapat pangilan dari dia. Dia, nak bagi sesuatu kat Iza dan jumpa kat tempat biasa. Tau apa yang dia bagi?.
Dia bagi ole-ole yang dia dapat dari program anak angkat Asajaya!!!!
Pehh..aku ditipu!! seperti biasa aku tak marah dan buat aksi bersahaja. Pastu Iza tanya 'face to face'. 'Ko gie ikot program tu ke?' dia 'ha'ah aku gie ikut'.
Nampak tak?
Dia tipu untuk jaga hati. Tapi kalau iya pun janganla tipu Iza. Tak da maknanya.

Pastu adalah cerita pasal tipu dan menipu yg tak dapat dipos dalam blog nie. Hanya Allah je tau dalam hati Iza.

Setakat nie, sesiapa yang tipu atau buat Iza marah, tapi Iza tak marah. Allah akan bagi balasannya, cuma lambat atau cepat je.

i'm believe i'm loved, then i'm loved ; LOA.

ha. akhirnya dapat gak aku edit layout sndiri

Berbagai cara aku buat asalkan gambar aku muncul kat situ.
Last2 dapat jgk cari mcam ne nak wat.
Tunggu la nnt kemunculan layout terbaru, mybe aku akan design satu picture gne adobe photoshp
yang bertajuk Family Tree.
I miss my luv brother-Jimmy.

8/8/09

Layout blog sendiri?? mcm ne nak buat ek?

Sapa kat sini tau macam mana nak upload layout yang kita reka?
sapa tau?

Please respond me.

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..