8/9/09

Tipu, menipu dan ditipu

Tipu?
Satu istilah yang Iza anggap agak keterlaluan, lebih-lebih lagi orang yang menipu tu orang yang paling rapat dengan kita. Kenapa dia sanggup menipu?? tak tau la, tapi antara sebab yang paling logik adalah menipu untuk menjaga hati, menutup kelemahan dan menunjuk kehebatan. Semua alsan itu sebenarnya adalah untuk kepentingan diri sendiri. Logik ke apa yang Iza cakap nie? mestilah, takkan ada orang sanggup menipu untuk kepentingan diri sendiri ye tak?

Ntahla, mungkin kebesaran Ilahi yang sayangkan Iza. Iza tau yang Iza nie bukanlah golongan yang jenis bertudung labuh, cakap sopan santun, ber'ana' ber'anta' etc. Kasih sayang Ilahi memang tidak terbatas. Cuma diri kita yang selau alpa dengan larangannya. Hakikatnya, kita nie bukanlah 'orang baik-baik, tapi kita boleh jadi lebih baik'.

Berbalik dengan persolan tipu nie. Iza tanya dengan iklas kat kawan baik samada dia ikut keprogram anak angkat ke Asajaya ke tidak. Dia balas sms 'aku banyak asigment nie, tak ikut la. Buzi sesangat nie'. Iza balasla 'bagusla ko utamakan yang penting'. Tambahan pula, Iza tak dapat sertai program tu. Sebelum nie, Iza ada menyatakan hasrat untuk sertai program tu, ye la raya nie dah ada petanda tak balik kampung. Lagipun memang hasrat Iza nak cari seramai mana family angkat kat Sarawak nie. Jadi, kalau dapat family angkat dapat la beraya dengan diorang. Tak la nanti rasa bosan sangat sampai nak bunuh diri hihi..

Kekantoian dia bermula.
Iza tak perlu susah payah mengorek rahsia. Tetapi dia sendiri yang mengantoikannya. Malam ahad, Iza dapat pangilan dari dia. Dia, nak bagi sesuatu kat Iza dan jumpa kat tempat biasa. Tau apa yang dia bagi?.
Dia bagi ole-ole yang dia dapat dari program anak angkat Asajaya!!!!
Pehh..aku ditipu!! seperti biasa aku tak marah dan buat aksi bersahaja. Pastu Iza tanya 'face to face'. 'Ko gie ikot program tu ke?' dia 'ha'ah aku gie ikut'.
Nampak tak?
Dia tipu untuk jaga hati. Tapi kalau iya pun janganla tipu Iza. Tak da maknanya.

Pastu adalah cerita pasal tipu dan menipu yg tak dapat dipos dalam blog nie. Hanya Allah je tau dalam hati Iza.

Setakat nie, sesiapa yang tipu atau buat Iza marah, tapi Iza tak marah. Allah akan bagi balasannya, cuma lambat atau cepat je.

i'm believe i'm loved, then i'm loved ; LOA.

1 comment:

kaiserstan said...

menipu supaya org tidak dapat melihat siapa diri kita yang sebenarnya....

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..