12/31/09

30 disember 2009

Tarikh nie merupakan tarikh ibunda, abah, adik bungsu, Kamal dan
Pak ndak g ke Sabah mengiringi Abang Long utk majlis nikahnya pada 1 Jan 10. Tarikh ini la juga merupakan tarikh bersejarah kepada mak abah aku yang mereka tak pernah naik kapal terbang. Macam-macam yang aku dengar dari mulut mereka.. takut, seram, sakit telinga.. huhu..

Yang paling best abah aku masuk tandas tu pun nak cerita kat aku.. Biasala, 1stime naik benda tu..abah aku kata dia beli biskot tiga bungkus, dalam hati aku "biskot mahal wat pe beli.."

Apa2 pun.. mesti best naik kapal terbang. Dulu aku pun merasa apa yang mereka rasa.

12/19/09

semuanya berkaitan dengan Hati.

Hati..
Hati aku berbelah bahagi bila diundang kemajlis ..... dan yang mengundang itu adalah insan yang mempermainkan HATI aku. Dia dengan sengaja menyakiti Hati aku, dan tau apa yang dia buat. Bukan hati aku sahaja, tapi hati insan yang dia sayang..(yeke sayang).

Aku sepuluh kali tak kisah tak dapat kau!!
Tapi HATI aku???
Hati aku sakit..
Sakit setelah kau sakiti!!

Sakit dipermainkan..
Kau inggat Hati aku apa???
Hati BATU macam kau ke???

sakit itu kalau dikeluarkan..
ntah mcam mana rupanya HATI aku tu..
buruk..
berdarah2 akibat disakiti oleh KAU!!

Kesian kat aku..., lagi kesian kat perempuan itu:

psst: 'hey girl, stay away from that boy'- to the girl who is the boyaa's wife.

12/18/09

Calon...suami yang kaya?

Ramai wanita yang menginginkan lelaki kaya, berpangkat dan ada nama. Rata2 nya mereka beranggapan dengan berkahwin lelaki sebegitu akan membawa kebahgiaan rumah tangga. Kawan-kawan ada gak menyatakan ingin berkahwin dengan lelaki berstatus Dato' or Datuk and whateverlah.. mereka inginkan glamour mempunyai lelaki atau berjaya menawan hati lelaki sebegitu.

Bagi aku tak plak macam tu. Hakikatnya aku pun memang 'gila duit' dan suka barang yang mahal-mahal, kereta yang mewah dan melancong ke luar negeri. Tetapi tidak la pulak sampai ingin berkahwin dengan lelaki kaya+RAYA. Kalau dah jodoh nak buat macam mana, tp seboleh2 nya aku nak berkahwin dengan lelaki yang sederhana dan mampu menyara kehidupan selepas berkahwin. Atleast tak la sampai masuk Bersamamu TV3 tu. Huhu..

Pesan ayah kepada aku "jangan kahwin lelaki kaya, ayah tidak ada rumah cantik untuk mereka(sambut menantu)", buat aku terfikir akan subtexts nasihat itu.

Realitynya, lelaki tidak pernah cukup dengan seorang perempuan sahaja. Mereka akan pasang ramai untuk buat hati mereka gembira. Kawan lelaki aku pernah cakap 'lelaki suka apabila di syangi oleh perempuan, sebab itu mereka akan berkawan dengan perempuan lain walaupun mereka sudah berkahwin'.

Berbalik kepada fitrah semula jadi lelaki yang nafsunya ada satu, iaitu nafsu kepada PerEmpuan. Jadi fokus hidup mereka lebih terarah kepada Perempuan.

Justeru itu, Lelaki yang bernafsu kepada perempuan ini akan terus memburu dan mencari untuk memenuhi keinginan mereka.

Hakikatnya ini ada benarnya, lebih-lebih lagi yang memasang ramai perempuan itu orang yang berduit.

Atau senang cakap "lelaki... klo berduit. Nafsu je tinggal".

Maksudnya, mereka suma dah ada.. duit utk beli apa sahaja mereka mahu.. jadi
nafsu je tinggal(cari perempuan lorrr).

Contoh yang paling ketara apabila skandal sexs pemain golf terkenal dunia(sendiri tau) menjadi isu hangat ketika ini. Sah-sah la, dia tak cukup satu!!.

Jadi apa pilhan anda?
KAYA or SEDERHANA?

(beriman/tak beriman lain cerita ek-nie cite pasal ekonomi rumah tangga. huhu..)

12/15/09

kenduri kahwin

Minggu sudah ada seorg x-clasmte aku time sekolah rendah melangsungkan perkahwinannya. Diam tak diam, advance gak dia ek.. dia lelaki seusia dgn aku dah berkahwin. Hurm, masuk dia dah dua kawan lelaki aku yang sekelas smasa sklah rendah berkhwin. Hebat btul.. Dah nak wat mcm ne jodoh diorg dah sampai. Aku pun kadang2 nak berkahwin gak, tapi nak wat mcm ne calon pun tak da..

Apa yang pasti time aku bosan mmg trasa sgt nak berkahwin, tapi bila tak bosan tak plak rasa nak kahwin. Pelik kann.. huhu..

Kwan lelaki adik pun dah bekhwn, rumahnya sblah kg jer. Tgk muka dia time bersanding miggu sudah mmg tak sangka dia kahwin dulu dari aku. Dulu masa sekolah rendah muka selekeh jerr..
mmg tak leh lupa la muka selekeh dia tu.. tapi bila dah bersanding di usia 22thun muka dia nampak hensem dan bergaya..

adooiii tapi aku still ternampak2 muka selebet dia tu.. huhu

dia bersanding saing2 dgn org kg aku yg juga pasangan BISU!!!

tgk.. org bisu pun ada jodoh..

aku??

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..