12/18/09

Calon...suami yang kaya?

Ramai wanita yang menginginkan lelaki kaya, berpangkat dan ada nama. Rata2 nya mereka beranggapan dengan berkahwin lelaki sebegitu akan membawa kebahgiaan rumah tangga. Kawan-kawan ada gak menyatakan ingin berkahwin dengan lelaki berstatus Dato' or Datuk and whateverlah.. mereka inginkan glamour mempunyai lelaki atau berjaya menawan hati lelaki sebegitu.

Bagi aku tak plak macam tu. Hakikatnya aku pun memang 'gila duit' dan suka barang yang mahal-mahal, kereta yang mewah dan melancong ke luar negeri. Tetapi tidak la pulak sampai ingin berkahwin dengan lelaki kaya+RAYA. Kalau dah jodoh nak buat macam mana, tp seboleh2 nya aku nak berkahwin dengan lelaki yang sederhana dan mampu menyara kehidupan selepas berkahwin. Atleast tak la sampai masuk Bersamamu TV3 tu. Huhu..

Pesan ayah kepada aku "jangan kahwin lelaki kaya, ayah tidak ada rumah cantik untuk mereka(sambut menantu)", buat aku terfikir akan subtexts nasihat itu.

Realitynya, lelaki tidak pernah cukup dengan seorang perempuan sahaja. Mereka akan pasang ramai untuk buat hati mereka gembira. Kawan lelaki aku pernah cakap 'lelaki suka apabila di syangi oleh perempuan, sebab itu mereka akan berkawan dengan perempuan lain walaupun mereka sudah berkahwin'.

Berbalik kepada fitrah semula jadi lelaki yang nafsunya ada satu, iaitu nafsu kepada PerEmpuan. Jadi fokus hidup mereka lebih terarah kepada Perempuan.

Justeru itu, Lelaki yang bernafsu kepada perempuan ini akan terus memburu dan mencari untuk memenuhi keinginan mereka.

Hakikatnya ini ada benarnya, lebih-lebih lagi yang memasang ramai perempuan itu orang yang berduit.

Atau senang cakap "lelaki... klo berduit. Nafsu je tinggal".

Maksudnya, mereka suma dah ada.. duit utk beli apa sahaja mereka mahu.. jadi
nafsu je tinggal(cari perempuan lorrr).

Contoh yang paling ketara apabila skandal sexs pemain golf terkenal dunia(sendiri tau) menjadi isu hangat ketika ini. Sah-sah la, dia tak cukup satu!!.

Jadi apa pilhan anda?
KAYA or SEDERHANA?

(beriman/tak beriman lain cerita ek-nie cite pasal ekonomi rumah tangga. huhu..)

2 comments:

kaiserstan said...

Semangnya naluri seorang wanita untuk dicntai dan mempunyai rumah tangga yang stabil kehidupan yang baik untuk ZURIAT nya...Pasti lelaki yang mampu menjamin masa depan anak adalah pilihan seorang wanita...bukan wajah..tapi MASA DEPAN..sebab itu lah ramai wanita memilih lelaki sedemikian..ada di kalangan wanita inginkan kasih sayang..betul walau di dalam negara yang penawarannya(wanita) lebih banyak dari permintaan (lelaki)

yang penting kebahagiaan dan kestabilan..hidup mesti stabil baru kebahagiaan menyusul

aku iza said...

iza tiru motto hidup senior:

'I hate ----, i love diamonds, i love money, i dont wanna dig it, but gonna make it. Becouse what..
becoz i'm talented bussinesswmn!! '

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..