12/24/10

i love myself

figuring what is next to come eagering me to move on. Guess life is not that easy after all. Life is not that perfect when we haven't got its meaning. It's up to us dechipering all of its meaning.

For some my life is easy as it sounds. The path is so smooth. As for me, I can't justify the value of it. I tend to harmonize it to suit my evey need. I love what going on with my life, every challenge and trouble I face everyday. Without it, life wasn't that interesting anymore. I face every difficulty without ignoring myself. I tried my luck even though in the end things didn't go my way. I get that satisfaction rather than holding myself and quiting with excuses. Just say whatever you want but I believe life must be like that. With challenge and barrier, man will never set foot on the moon.

Trust yourself when others didn't. Don't think that life is simple as yourself. Simple life is good when things happen smoothly.

It would be simple as it if life full of 'surprises'. To simplify my life, I get everything done in front of others.

There are time when had to let life drifts us along and fight from being drown. There are time when we have to hold on to something when we are not strong enough to fight. As for me, I have to let go everything I have just for another chance in life. I know I can't bear the burdens on my shoulders alone.

Never bother about others when they never appreciate what they're having. Love yourself. It doesn't mean that you're being selffish. When you love yourself, you love those who are around you because you yourself need to love and being cared. That's what 'love yourself' means.

psst; sorry klo ada kslhn ttbhs or etc.. blogs aku, not blogs ko.. haha

azam-(pesan diri sndiri)

percayalah,
x perlu semua nya kita baiki, satu per satu pun sudah memadai

Benda yg agak sukar 'dibunuh' adalah ego diri..itu plg susah aku nak runtuhkan, tp i give it a try dan aku sgt hepi ngan perubahan itu

12/20/10

Kawan aku memang kreatif..

pada mulanya aku terbaca post FB kawan aku di acaunt FB aku yg 'sulong'.. menarik resipi nie.

Dia nie satu kumpulan dengan aku time Minggu Aluan Pelajar; Satu Fakulti; duk sebelah block je.
aku joint sekali, rasa ingin tau mcm ne cara buat biskot tu membuak-buak
aku pun post kat FB sulong aku nie dan tag nama2 kawan2 yang pernah duduk serumah.


terigat kat santi, malam-malam dia selalu ketuk pintu bilik tido dan tanya
'za ada milo tak? kalau tak pun susu..'
itu minuman feverot nyer..
pastu minum sesama dan bercerita pasal lelaki.
 

lantas aku mencubanya! memang best gak rasa biskot nie..

selama nie aku tau, buat air milo gitu je..
paling tidak pon ngapp terus masuk mulut.

hehe... ade-ade jelah diorg nie.





11/27/10

kenapa tiba-tiba aku teringgat kau?!

tenggah aku sibuk bekerja,
tiba-tiba, wajah kau jelas
difikiranku..

eh?? kenapa lak aku teringgat kat kau?
sangat jelas wajah itu,
makin aku cuba abaikan apa yang aku rasa,
makin kuat imej kau dlm
fikiranku,

kenapa ek?

kalau dulu aku terasa seperti itu,
bermakna kau ada disekitarku,
ya, tak jauh dari aku.

***

teringgat dulu,
kita jarang jmpa,
hanya sms/YM
sebagai penghubung 'cinta' kita,

kau mengajar dipendalaman Sarawak,
tiada telefon, tiada line internet,
Balik ke Kuching hanya waktu tertntu,

yang bestnya, aku tau kau bila kau
balik,
tanpa kau bagitau.

buktinya?
bila aku sms, terus je kau balas tanpa 'pending'.

tapi buat apa aku nak iggt kau lagi?!!
kan kau dah bergelar suami orang,
aku pun bukanlah jenis perosak rumah tangga orang.

teringgat gelaran yang aku bg kat kau.
-Batu.

tak sangka pula,
bakal bapak mertua kau, bernama
'Awang Batu'.- haha.

dah bertunang dua tahun,
tapi ngaku tak berpunya,
siap bawa aku jumpa bapak kau
lagi.

aku inggatkan kau betul-betul serius,
tapi....

***

pagi tu, kenapa tiba-tiba aku teringgat kau?

owh, mungkin kau nak
bagitau yang kau dah menjadi
seorang 'ayah'.
apa-apa pun terimalah ucapan
Tahniah aku dari jauh.

dan tahniah juga, kerana kau telah buat aku tak percaya
lelaki smpaila sekrang.

11/25/10

cuti hujung tahun-pesta kenduri kahwin.

Macam dah menjadi trends pulak, kalau cuti akhir tahun mesti ramai yang berebut-rebut nak melangsungkan majlis perkahwinan. Kadang-kadang satu hari tu sampai empat-lima tempat.

Aku nie bukan apa, semenjak aku balik kampung dan bertemu rakan lama ramai yang menghantar kad jemputan kat aku. Kad tu berbondong-bondong banyaknya. Nak gie semua tu, ada sikit payah. Maklumla, aku kerja ikut shift yang sentiasa bertukar hari. Kalau jatuh hari ahad bekerja, maka aku pun kerja, tak leh gie majlis korang. Bukan nak menyombong, takkan setiap minggu nak cuti?.

Aisheh, kadang-kadang bila difikir-fikir.. aik, dia nie dengan dia nie. Alahai, ada jodoh rupanya korang. Hehe.

Pernah aku terjumpa kawan lama kat FB sudah pun mendokong anak sendiri-kawan lelaki, sebelah kampung. Dia berkahwin pada usia 21 tahun. Comel anaknya.

Apabila tgk anaknya, teringin gak nak tengok muka wajah anak aku nanti macam mana- Aneh aku nie, wajah calon suami tak tahu lagi da tak sabar nak tgk muka anak. Apa yang best, adik perempuan aku tidak terkecuali. Dia sudah pun mendirikan rumah tangga.

Nie  gambar majlis kahwin adik aku beberapa bulan yang lepas-kenduri sebelah lelaki; tema maroon.


cantik stlye gambar nie.. adik aku pun cantik.


Norita &Noryzan



aku berbaju kurung kelabu, kakak aku-rina, adik aku yang poyo-ijol dan cousin-erny. Yg lelaki berdiri itu, aku tak kenal-tak sempat interview. *haha




teringat masa nie, aku sempat brbual dengan mak usu aku. "cube ucu tengok, bahgianya muka ita". Mak usu aku pulak 'nanti kalau ko kahwin wat macam tu jugak, mesti bahgia macam tu.'
Ramai gak kawan seusia aku yang dah berumah tangga dan bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun nie. Apa-apa pun aku ucap tahniah untuk korang. Semoga jodoh berpanjangan dan bahgia selama-lamanya.

psst; teringat mak usu aku pernah cakap;  'Ucu rasa jodoh ko tua sikit, tapi banyak duit'.
        
-Hurmm, satu kenyataan yang wat aku tergelak-gelak. Aku sedar, aku bukannyer cantik sgt pun nak kawin lelaki berduit.Lg, orang selalu tersilap pandang,-orang bajet aku nie dah berkahwin, maklumla muka looks so matured.

Apa-apa pun lelaki tu mesti terima aku LillAllahi Taala.

11/24/10

kenapa kau seekor kucing?


Nama kucing nie Bunchet; perutnya buncit sebab itu dinamakan bunchet. Tapi kucing nie dah lama hilang; pernah satu ketika dulu, aku betul-betul rindu kat kucing nie dan aku terus tukar nama FB aku kepada Bunchet Hilang.

kenapa kau jadi sekor kucing?
itu persoalan yang pernah terlintas dalam hati aku,

aku boleh dikatakan suke main dengan kucing, lebih-lebih lagi dengan anak kucing, mak kucing, bapak kucing, atok, nenek kucing, sampaikan mentor aku time univerct pun bernama kucing -Miss Miaw. Miaw dalam bahasa cina bermaksud kucing dan dalam bahasa melayu sarawaknya pula 'pusak' dan ingerisnya pula Miss Cat. Hidup aku tak lari dengan kucing.

Entry kali ini bukanla cerita pasal my former lectr tu, tapi cerita pasal kucing aku yang ada kat rumah.

aku perhatikan kehidupan kucing nie.

1, makan
2, tidur
3, mati.

itu hal yg ketara yang boleh aku dapat perhatikan pada setiap kucing2 nie.
bagi aku kehidupan kucing nie tak la begitu indah. Bila mereka buat silap mereka akan dipukul disepak tanpa ada kebolehan utk berkata-kata atau membals balik,
paling tidak pun mereka terus melarikan diri.

Usia kucing pun tak begitu panjang-10tahun hingga 15 tahun sahaja.

Hidup pulak boleh la dikatakan tidak begitu indah, sebagaimana aku-seorang manusia.

tapi kenapa kau seekor kucing??
mungkin aku perhatikan kelemahan yg ada pada kucing,

dan secara tidak sengaja telah membandingkan keistimewaan aku sebagai manusia. Memang tidak dinafikan manusia adalah makluk Allah yg sempurna ciptaannya.

Sebab itu aku terasa bertuahnya menjadi seorang manusia berbanding kau-kucing.

segala-segala yg aku fikirkan tu terhenti apabila tiba-tiba aku teringat;

'manusia di akhirat kelak segala amalannya akan dihitung, manakala semua haiwan-haiwan akan kembali semula menjadi TANAH'

atau bahasa yg lembut
"nikmatnya tak terhitung kerna kucing takkan 'dihitung amalan' pada hari perhitungan sedangkn insan nasibnya masih tergantung-gantung.."

ya.. lebih kurang gitu lah bunyi ayat nya..

aku tersentak, rupanya kau kucing, hidup ko lebih bertuah dari aku!..

11/8/10

Semalam Kita Jumpa, Hari ni kau tiada.

Aku selalu terpandang kasut putih sut utk baju antisatic-bebas habuk yang bertulis nama Lenny.

Kawasan ini merupakan pekerja memakai baju set lengkap ala2 angkaswan, hanya mata saja yang nampak(macam burqah). Jadi tiap kali rehat kami akan gantung baju itu kat kawasan ini dan keluar ke kantin memakai baju uniform biasa. Kira kami pakai dua set baju yang berlainan.

Hati aku terdetik, mungkin orang ini orang cina. Aku abaikan apa yang aku nampak, tapi tiap kali aku lalu situ insyallah akan ada kasut itu. Dan mata aku akan tertarik untuk melihat kasut bertulis nama -Lenny. Mungkin dah tempat dia-Lenny letak kasut disitu. Tiada apa yang istimewa tentang kasut itu, cuma aku sedar 'kewujudannya'.

*******************************************************************************

Aku pelik tengok kawan satu line tergelak-gelak melihat seorang foregirl(berjawatan tinggi/menjaga line). Ape entah yang diorang gelakkan. Aku tanya diorang,

'cuba kau tengok, perempuan tu. Ade ke kat kawasan tak perlu pakai tutup telinga nak pakai jugak. Kan kat sini tak bising...hahaha'

'ha ah, lain la kat bahgian mesin tu..haha'.

sekali perempuan tu pusing menghadap lain, aku ternampak nama -Miss Lenny.

La, dia rupanya! mati-mati aku ingat dia cina. Lawa lah dia. Kulit gebu, berjawatan pulak tu. Bagi aku dia sempurna dan aku bajet perempuan ini belum berkawin.

SEjak tu, aku sedar yang dia slalu lalu-lalang kat sekitar aku bekerja. Dia jaga line lain. Jadi tak da peluang untuk beramah mesra.

Tabiat aku juga tetap tidak berhenti utk tgk Kasut si Lenny ini. Entah, macam ade magnet pulak. Aku pun tidak pernah terfikir kenapa aku jadi macam tu. Aku abaikan ape yang aku rasa.

ANEH kan?? mesti ada sesuatu yang menyebabkan aku tengok kasut dia, tapi aku sendiri tak tahu.

*************************************************************************************

7 Nov 2010,

'Kenal tak Lenny?? Dia meninggal dalam kebakaran kul 1.00am semalam'

'Hah! terbakar? meninggal dalam kebakaran?!!'

'iye, Lenny..'

once again aku terkejut 'LENNY!!!??'

'Yea, dia dengan anak perempuannya tiga tahun. Tak sempat di selamatkan. Abang dia dengar dia menjerit mintak tolong. Tapi tak dapat tolong.'

Peh!!!!!! giler ar, kalau aku memang akan ingat jeritan itu seumur hidup!

'dia dah kahwin kak? saya inggat bujang, dengan anak plak tu..ermm'

'yea, dia dah kahwin. Ibu tunggal anak satu. Dia mati berpelukan dengan anaknya. Katanya, bekas suami,adiknya dan polis tolong kutip abu-abu &daging2 yg terbakar, Tinggal tulang belakang je lagi. Anaknya hilang kaki sebelah.'

Sayu aku dengar bila seorang ibu mati berpeluk dengan anaknya. Aku hampir menangis.

Tak caya aku dengar, aku yang tak berapa rapat dengan dia pun 'terasa kehilangan'.

Sedihkan??

aku pun tak sangka inilah pengakhiran cerita dan kisah hidup Lenny orang yang aku sendiri tidak tahu kenapa aku tertarik untuk melihat kasutnya.

Kat sini artikel harian metro yang menyiarkan cerita Lenny.



:Gambar print page dari artikel berkenaan,
sila double click kat gambar berkenaan untuk imej yang lebih jelas.










Mati Itu Pasti, Hidup Itu IsyaAllah.
***

10/1/10

Mengingatkan kepada diri sendiri dan yang berkenaan

Sekadar mahu memujuk hati yang lara, merungkai jiwa yang derita. Bertanya-tanya kenapa itu dan begini terhadap ujian yang Allah beri. Mempersoalkan kerja tuhan yang sedangkan itu adalah terbaik untuk aku. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ini. Mungkin itu adalah yang terbaik, cuma masa belum menunjukkan kebaikkan sebenar daripada ujian Allah yang pernah aku hadapi selama ini.

mengadu la pada Allah.. itu yang utama… Allah maha mendengar..

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?

..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..
(albaqarah:216)


Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?


… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(albaqarah:286)

… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(alinsyirah:5&6)

“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’
Yes, certainly the Help of Allah is near!”
[Quran 2:214]

Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?

::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)

.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:.
.Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)


Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d: 28)


Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?


“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)

Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”
(Quran 23:115):

?Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?
- Surah az-Zariyat: ayat 56.

Demi masa:.
.:sesungguhnya manusia dalam kerugian:.
.:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:.
.:yang berpesan pada kebenaran:.
.:yang berpesan pada kesabaran:.
(alquran:al-asr)

..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..
(alqasas:24)

Paling best dlm hidup:
bila kite down, we feel hopeless…
Kite ngadu pd Dia.

Tanpa kite sedari,
Dia sisipkan perasaan tenang yg kite tau takkan datang tanpa rahmat-Nya.
Rasa senang walaupun dalam resah.
Allah memang sentiasa sayangkan hamba-Nya… .
Cuma kita yg sering LUPA, kan? So..

ALLAH takkan hampakan kita..cume kadang2 Allah perlu uji kita supaya kita xleka..xalpa..dalam kehidupan duniawi ini.. supaya kita menyedari kewujudan akhirat..yg abadi.. selamanya…

Jadi kesimpulannya= bersabarlah iza, mungkin itu yang terbaik yang Allah telah aturkan untukmu.

8/29/10

menjadi diri sendiri

aku suke melihat orang yang sentiasa senyum,
wajah mereka menarik tatkala tersenyum.
ceria je, aku yang memandang pun rasa tenang.

Ingin jugak aku bersifat demikian~ sentiasa tersenyum~.
Lebih-lebih lagi orang kata aku nie jarang tersenyum. Malah bermuka masam.
iye aku akui hal itu, bukan aku tak bersyukur nikmat tuhan. Nak buat macam ne.

Oleh itu, aku cuba perbaiki diri dengan sentiasa tersenyum,
Namun aku sedar, makin aku cuba tersenyum makin nampak macam dibuat-buat.

faham sendiri la apabila orang senyum yang dibuat-buat tu macam mana mukanya,
JAdi aku kembali kepada yang asal~jarang senyum.

Aku mencuba untuk memperbaiki diri, tapi ini jadinya. Oleh itu aku memilih untuk menjadi diri sendiri.

8/6/10

aku ingin terbang tinggi.

entah lah.. semenjak dua menjak nie tibe-tibe aku teringin sangat nak naik kapal terbang lagi.

Aku memang suka terbang tinggi, rasa macam best jer.
(memang best pun).
Harapan aku dan x-housemate untuk mendapat Cinta di eport tak kesampaian. Masing-masing sudah tamat pengajian dan membawa haluan sendiri.

EPort? lama dah kami tak jejaki tempat tu. Jadi
macam mana nak dapat cinta di eport?
Cinta eport tu adalah pengaruh dari cerita Korea iaitu, My girl yang kami pernah tonton bersama. Sejak dari tengok cerita tu, masing-masing setkan dalam minda utk mendapat cinta di Eport.

Kitorng rasa babak pertemuan hero dan heroin dalam scene cerita itu memang kelakar dan seterusnya membuatkan mereka kerap bertemu dan bercinta. (Kami rase mcm romantik tu yang nak jugak bertemu cinta di eport).

Cinta di eport tak semestinya jatuh cinta dengan Pilot yang bergaji besar tu, atau pramugara yang bajet Handsome tu.. hoho
Cukupla sekadar bercintan dengan lelaki yang betul-betul sukakan diri kita, ye tak?
Pastu iklas terima cinta kita. Then, Ekonomi yang cukup utk sara hidup selepas berkahwin kelak..dsb.

KEinginan aku memuncak ketika aku memandang ke langit biru. Ya, sebuah kapal terbang lalu.. dan lagi.. dan lagi. Owh, syoknye dapat ketemu cinta dieport.

Ala, angan tinggal angan.
Bukan setakat nak dapat cinta di eport, cinta yang biasa-biasa lagi la tak da. Mcm ne nie iza oiii...kwang..kwang

8/1/10

129

Tu gelaran baru aku, Chehh.. siot tol.

Tauke: Nie apa yang ko tulis kat resit nie? (nada marah).
Aku: Nama saya la~iza.
Tauke: Apsal ejaan nama awak mcam 129 je.
Aku : Itu ejaan nama saya la! iza..
Tauke : ape..apsal ini macam 129?, Huruf 'Z' macam nombor '2', huruf 'a' macam '9'..
ape tak itu 129?! (sinis). Jadi aku panggil ko 129 jeerr.
Aku : Chehhh...

sejak hari tu tauke panggil aku 129!.. bengang tol.

7/25/10

wahai perempuan yang kesian-Kenapa ko cari aku semula?

Tidak tahu nak mula dari mana. Hal ini berlaku 14 julai 2010. Aku membaca Majalah Wanita, dalam suatu ruangan tu ada suatu artikel yang menulis nama Kh******. Ku baca dalam hati tentang artikel tersebut. Setiap kali aku menyebut nama tu, teringat aku kembali kepada peristiwa hampir setahun lalu.

Berdarah semula luka aku, tapi aku abaikan kerana kebetulan sahaja nama itu sama dengan perempuan yang aku anggap KeSIAN la jugak. Ye, aku kesian kat perempuan itu kerana mendapat pasangan hidup yang tidak setanding dengan kebaikannya.

Kesian sangat-sangat, bagi aku perempuan itu patut mendapat suami yang lebih baik dari yang dia dapat. Sendiri mahu ingatlah kenapa aku cakap macam nie.

Tup-tup, Aku buka Tagged aku. Perhhhhhhhh... Perempuan yang aku kesiankan itu telah cuba VIEW tagged aku. Perempuan itu tak kan dapat view aku kerana telah set privasikan profile aku.

Terfikir sejenak, mungkin aku telah menyeru-nyeru perempuan itu tatkala aku membaca artikel yang mempunyai nama yang serupa dengannya.

Kesian jugak kat dia, Aku tahu FB aku dah blocklist dia (dia awal-awal dah delete aku dari FB), tagged pun aku dah delete dia. Aku agak, dia mencari Profile aku dengan mencarinya dari friendlist razis. Yea, aku pasti sangat-sangat.
Bukan aku memusuhinya, tapi itu semua kehendak perempuan itu juga.

Sehingga kini aku tertanya dalam diri~ kenapa ko carik aku semula???
Mungkin kau mula tahu Perangai sebenar Suami kesayangan kau tu.

7/2/10

Buah Dabai Kapit ke Johor.




Gambar buah dabai yang di ambil di website lain.

Catatan ini aku buat khas untuk seseorang yang ku gelar ABANG TIRI. Walaupun gelaran dia abang tiri, dia bukanlah sedarah sedaging aku dan tidak juga ada sebarang ikatan rasmi yang menyebabkan aku mengelarkan dia Abang Tiri. Namun keiklasan dia untuk berkawan dengan aku membuatkan aku terharu.

Catatan ini juga dibuat untuk beliau, sekiranya beliau sudah selesai menjalani satu 'proses....yg dirahsiakn". Ura-ura ada mengatakan bahawa dia akan menjalani proses ini pada bulan Jun 2010. Biarlah aku dan dia sahaja tahu apakah proses itu dan catatan ringkas ini dibuat semata-mata untuk mengingatkan kembali memori beliau terhadap aku.

Perkenalan kami tercetus secara tidak sengaja, Aku memang aktif bermain beli pets di satu laman web sosial iaitu Tagged.

Aku suke beli pets untuk mendapat keuntungan.. atau bonus.
Bila dapat banyak bonus, maka dapatlah aku beli pets yang mahal-mahal.

Paling best bila kita dapat beli Pets mahal dan juga pets tersebut adalah kawan kita sendiri. Bertambah-tambahlah best sekiranya kita main rebut-rebut pets. Pernah sekali tu aku dengan housemate (mek yah) main rebut-rebut pets dari seorang perempuan yang dah bersuami. Pets perempuan itu tentulah suaminya. Marah giler perepuan itu bila tak mampu membeli pets(suaminya)semula apabila harga suaminya itu mahal berjuta-juta. Sumpah seranah je perempuan itu kat kami. Apalagi kami dua dok mesej perempuan tu api-api kan dia. Bile perempuan itu marah, lagi ar kami dua naikkan harga suaminya. Pastu set pets free, bertambah-tambah lah marah perempuan itu kerana GAGAL memiliki suaminya semula. Punyalah suka kami dua, (bengong kan kami?-haha)

Maaf sekiranya ada yang tak faham permainan pets ini.
Aku agak ketagih juga untuk bermain pets ini.

Tiba-tiba aku ternampak profile seseorang yang aku kenali, iaitu kak Azimah. Dia merupakan pemilik asal bilik yang aku duduki k3/b/3/1e. Maka dengan senang hatinya aku membelinya sebagai pets aku.

aik.. aku terkejut apabila ada seseorang yang membelinya semula. Naik angin jugak dibuatnya, amboi kamu mahu main rebut-rebut dengan aku ea?. Masalah itu dapat aku atasi seperti mana aku dapat atasi segala masalah yang pernah aku hadapi suatu ketika dulu. Bagi aku masalah tu kecil sahaja dan aku boleh membersihkan masalah itu umpama sabun pencuci Vanish 'segala kekotoran degil akan hilang'. Ya, memang aku yakin sekali, tatkala aku melihat cash aku lebih banyak dari lelaki itu.

Apa yang pasti harga K.Azimah ini bermula dari harga ribu, ataupun senang cerita empat angka kini telah mencecah $berjuta-juta dolar US. Amboi, memang kamu tidak mahu mengalah yea. Sebelum tidur aku akan pastikan K.Azimah ini kekal sebagai Pets kesayangan. Masih aku teringat keletah lucu K.Azimah, dia seorang yang periang dan senantiasa melawat kami kat bilik D. Kami iaitu aku, Nur dan Noreen akan berbual-bual dengan dia tentang apa sahaja, kadang-kadang sampai ke awal pagi.

Hubungan kami memang rapat, segala masalah dikongsi bersama. Kak Azimah ada mengelarkan kami bertiga sebagai 'Bujatest' yang membawa maksud nakal. Jadi kenangan inilah membuatkan aku tidak boleh membiarkan lelaki ini memiliki sewenang-wenangnya K.Azimah.

Lelaki ini macam tahu sahaja strategi untuk bermain pets ini, apabila cashnya makin sikit dia akan suruh orang lain memiliki dia sebagai pets. Apabila nilai dia tinggi maka dengan itu dia akan mempunyai cash yang banyak untuk membeli K.Azimah M. Tertekan jugak aku, maklumlah ada pets aku yang bernilai ratusan juta telah delete account, maka aku kerugian disitu. Mahu saja aku suruh orang lain beli aku sebagai pets mereka, tetapi tak ramai yang mampu membeli aku kerana nilai aku telah mencecah billion US$. Jadi aku hampir-hampir kekurangan cash flow untuk membeli K.Azimah M. Panas beb.

Bagaikan heroien yang mempunyai semangat kuasa kuda bak kereta Ferari, Empowering your Dreams bak kereta Honda, eh yeke.. bukan ke itu tagline untuk komputer?. Ahh.. apa-apalah, yang penting aku memiliki K.Azimah, Kerana Dirimu Begitu Berharga.

Dengan yakinnya aku bertanya kepada lelaki itu mengapa suka sangat merebut kakak kesayangan aku. Entah macam mana aku boleh mengelarnya ABANG TIRI. Gelaran itu aku bagi berdasarkan segala maklum balas negatif tatkala aku memarahinya merebut Kak. Azimah. Maklumlah, dah streotype mengatakan seseorang yang berstatus Tiri ini agak jahat atau nakal.
Haha, sesuka hatinya aku memanggilnya abang tiri. Dia pun tidak pula beberapa kisah tentang hal itu, malah menyukainya pula.

Profile lelaki itu K**** Stan. Amboi, suka hatinya dia bila aku marah padanya, sudahnya dia pula mengapi-apikan aku sepertimana aku pernah buat satu ketika dulu. Ya, aku terkena juga akhirnya dengan lelaki ini, itulah siapa suruh buat kejam dengan bini orang. Padan kemuka aku.. hahaha, aku menggelakkan diri sendiri.

Dari rebut dan merebut Kak Azimah nie, lama-kelamaan kami berdua menjadi rapat. Macam ne ek jadi rapat? aku pun tak berapa pasti.

Aku mula berbaik dengan Kaiser nie apabila dia mengatakan bahawa dia rakan baik pada Kak. Azimah di Maktab perguruan di satu daerah kecil di Sarawak (lupa di mana). Dia mengatakan begitu dan begini tentang Kak. Azimah.
Aku pun syok mendengarnya, tambahan pula aku ni sayang bangat dengan kakak segala bujatest tu.

Dari situ kami berdua mula berkongsi tentang hal peribadi masing-masing. Ala 'introduce myself' la kalau cakap orang putihnya. Akhir sekali bertukar-tukar alamat email untuk ber 'YM'.

Apabila dah ber 'YM', barulah aku tahu yang si Abang Tiri nie bakal guru(sekarang sah menjadi seorang guru) yang agak mengong la orangnya. Apalagi aku dan dia dok berbual-bual kosong secara on9. Pantang nampak sahaja aku atau dia yang on9, mesti kami berchating. Kami seolah-olah ada chemistry yang membuatkan kami berdua sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Teman tapi mesralah katakan.

Berbalik kepada tajuk Buah Dabai Kapit ke Johor. Aku ini boleh dikatakan suka makan buah Dabai. Ketika aku ingin berangkat pulang ke Johor aku dengan muka tidak berapa malu ini pun meminta Abang Tiri kirimkan buah Dabai ke Johor, yakni ke kampung halaman. HAHAHA.. aku ada nombor telefonnya, tapi aku tidak berapa suka ber 'sms',jadi aku tidak bersms dengannya. Bosan ar weii SMS. Menci.

Empat hari aku dikampung halaman dan bungkusan Buah Dabai pun Sampai. Bungkusan itu mengambil masa sehari sahaja untuk sampai, jadi buah itu masih Segar bugar. Di bungkusan itu tertulis nama A**** R*****, daerah Kapit yang ditujukan kepada aku. Gembiranya aku ketika itu tidak terkira.

Aku memperkenalkan buah itu kepada adik beradik. Diorang nie tidak tahu bagaimana hendak memakannya. Lalu aku mengajarnya. Baki buah tu aku jadikan benih dengan harapan pokok itu akan tumbuh dengan segar.

Sekembalinya aku dari kampung halaman ke sebuah daerah kecil di Sarawak untuk menuntut ilmu  di *****, aku masih berhubung dengan abang tiri melalui YM. Tidak ada apa yang istimewa yang ingin dibincangkan, cuma sekadar suka-suka. Biasanya topik perbincangan kami adalah pengalaman hidup. Aku terkejut jugak sajarah hidupnya yang agak pelik, usia sebenarnya 29 tahun. Perkara ini terjadi kerana terlewat mendaftarkan diri ke pejabat Pendaftaran Negara dek kerana tempat tinggalnya di pedalaman. Mengikut umur yang tercatat di surat beranak, umurnya kini 26 tahun.

Dia sempat lagi mengatakan, hanya tiga orang sahabatnya sahaja tahu usia sebenarnya termasuklah aku. Haha, kesian. Dalam pada itu, kami juga ada bercerita tentang pengalaman bercinta. Dia mengatakan bahawa dirinya baru sahaja putus cinta, tapi telah mendapat cinta baru. Seorang perempuan telah lama meminatinya dalam diam.. Argh.. aku cemburu mendengarnya. Bukan aku menaruh harapan kat Abang Tiri, cuma aku ingin tahu samada ada orangkah yang mencintai aku secara 'senyap'. Tapi aku rasa perkara itu musatahil, kerana aku ini biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa sehinggakan orang boleh teringat-ingat pada diri aku ini.

Bulan Jun semakin hampir, justeru itu, dia menulis seberapa banyak KLUE yang menyatakan perihal dirinya dan orang-orang di sekeliling. Abang tiri pernah menyatakan bahawa dia menulis klue ini di diari dan di dinding rumah. Hal ini memudahkan dia untuk mencari semula "dirinya" yang telah hilang.

Alhamdulillah, Aku telah mencadangkan Klue 'Buah Dabai Kapit ke Johor' sebagai klue untuk dia mengingati aku.

Kini sudah bulan Julai, aku rasa 'journey' abang tiri aku sudah bermula.

Gud Luck.

please remember me ok.

6/11/10

im jelouse..

tadi aku terbuka FB friend kawan kat sarawak(org johor)..
dia lelaki..

biar aku gelar dia A.

A nie kawan kpd bestfriend aku(lelaki) yg aku kenali sejak 1st year..
Biar aku gelar dia B.

aku terbaca seorg kawan perempuan yg post sumthing kat FB A nie.

perempuan nie berterima kasih kepada Si A dan si B kerana celebrete besday dia. Profile pict perempuan tu adalah sbiji kek besday.

Dia post;'thankz kepada si B dan si A kerana bawa jalan2 n makan mlm yg indah...dan thnks kpd si B kerana jd penunjuk arah..etc'

aku jelose kepada si B!!!

aku jelouse cz, almost every year aku ucap heppy besday dan bg sumthing kat dia...
aku appriciate
dia sbgai kawan baik aku.. aku syg dia... aku tak lupa dia..

aku tak nk ungkit, tapi besday aku yg lepas

Dia sikit pun tak ucap.. event Happy besday kat aku..

i'm crying....

dia slalu tak ingat aku...

aku mencuba utk melupakan dia.. tapi dia awal2 dah melupakan aku..

kenapa aku msti cemburu..

baru je jap tadi aku ternampak gmbr couple.. sum1..

dan sum1 tu kawan baik aku.. Kawan baik ak seorg pompuan.

aku jeles kat kawan baik aku tu..

ntah aku tak tau kenapa..

nak marah pun ada gak..

aku pun tak pasti knpa aku cembru, sdgkan aku tau diorg nie mmg couple lame dah..

adakah, kerana aku solo?

or..

adakah aku cemburu bestfriend girl aku tu tak akan beri perhatian kat aku?

aa.. confiuse2

5/20/10

kad .......kahwin adik



kad
nie design yg sedia ada.. just padam apa yg patut dan tambah apa yg kurg..

adik aku nk kawen dah..

aku jer je blum nmpk calon2 ag..

i meants calon yg btol2 terima kekurgn aku..
bila mana lelaki tu terima kekurgn kita sepenuh hatinya, dia akan senantisa membuat kita bahagia.. stakat nie aku blom jmpa ag org yg mcm nie.

so.. i keep in single and available..

bak kata peptatah seorg kawan aku tu..

;JGN RISO PASAL JODOH, KLO DAH SMPAI MASANYA, ADA LA TU..;

dia ckp mcm tu apa bila aku tercakap 'sapa la laki aku nnt.. huhu'

well, i hope adik aku nie jodohnya berpanjangan lah.

4/29/10

aku kena ganggu?

seperti biasa aku akan buka tingkap bilik luas2 dan melihat pemandagan diluar..

aku nampak bulan mengambang penuh..

dalam hati terdetik.. rabu mlm khamis, bulan plak penuh.
erm.. seram gak..

kul 2 am aku nak tido.. ofcz tutup tingkap dan lampu..

aku buka ayatul kursi dan yassin.. agak2 didegari oleh aku sahaja la..

aku baring menghadap ke dinding. tiba2 aku terasa ada org ketuk bahu aku dan kambus rambut aku ke muka aku.. Peh, belum lelap agi tu..

berani gieler main rambut aku yg panjang mencecah punggung ini. Tau ar jeles..
kot ye pun jgn ganggu aku nk tido bleh tak??

ke kiri ke kanan gak aku gelisah..
apsal yassin dan ayat kursi tak jalan??

aku baring melentang.. aku rasa sgt yg ada benda kambus rambut ke muka dari hujung kepala aku.. eh.. tak leh jadi..

rasa nak chow dari bilik lak..

teringgat zaman 2secend year dimana Bilik single aku jadi Wangi sewangi Minyak Atar kat surau2 tu..

nang seram..

well, golek punya golek.. akhirnya tido gak aku.

4/26/10

berdebar-debar..

tak tahu kenpa.. aku asyik berdebar je.
tanpa sebab lak tu..
adakh aku riso kan sesuatu yg aku sndiri tak thu?

peliknya, dalam semingu yg lepas smpai la ke hari nie,
aku berdebar2 secara tibe2 je, tanpa sebab dan usul periksa.. uihh.

kenapa ek?

3/31/10

erm

langkahku terhenti dijalan mati,
kenpa sume ini berlaku lagi?
apa..!! kenapa!!
ya Allah,
aku sudah tidak berdaya lagi menanggung derita ini..
Allhmdullah kerana mmberi aku peluang merasai kesakitan ini,

sekali lagi,

langkahku terhenti di jalan mati.
tunjukkan aku jalan keluarnya Ya Allah!

3/8/10

jimmy sayang



saya sayang adik saya,
nie gambar adik ketika dia berusia 3 tahun setengah..
nama penuh dia muhamad khawarezmi bin abdul rahman. Dia anak bongsu dari tujuh beradik. Dulu tak sangka diusia 16tahun, aku akan dapat adik agi.
aku belajar kat unimas dari dia tak reti bercakap sehinggalah petah bercakap.. aku tak abis2 blajar jugak .. huhu..

baju yang dia pakai merupakan baju batik hasil lukisan dan cantingan aku sendiri..
batik tu utk projek kursus tingktn enam atas utk subjek seni visual.

design tu di rejectkan oleh aku sendiri dan aku buat laian utk subject tu.. so mak buat baju dari kain yang aku buat tu..
jagn komen ttg corak, coz aku mmg tak reti melukis dan tak da bakat melukis pown..

dia lah insan aku ingti ketika aku berada di sarawak..

dari dia tak pndai ckap, smpai lah sekarag.. suaranya tak berubah manjaaaaa..
tak jemu2 mndgarnya..

adik akak rindu kat adikkk huhu..

1/31/10

31 jan 2010

DIAM TAK DIAM DAH PENGHUJUNG BULAN SATU,SEKARANG AKU DAH MULA MERASAKAN CEPATNYA MASA BERLALU. KINI DAH NAK MASUK BULAN DUA, AKU MASIH MACAM TU JUGA. DOSA MUNGKIN MELAMBAK2, TAPI TAK INSAF2 JUGA. BETUL LAH TANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR, APABILA KITA MERASA WAKTU SEMINGGU UMPAMA SEHARI, SEBULAN IBARAT SEMINGGU..DAN SETERUSNYA.

SUME TU DAH NAMPAK.. HATI TETAP KOSONG LAGI,
OH.. DOSA KECIL2 AKU BERLAMBAK2,
BAK BUIH2 DI PANTAI,

YA ALLAH BERIKANLAH AKU HIDAYAHMU,
KERANA
AKU BUKANLAH INSAN BAIK,
TAPI BERUSHA UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK,
DULU..KINI DAN SELAMANYA.

1/28/10

tarikh kahwin

kesian ada, gembira pun ada..
Smlm,adik kesanyagn aku tipon, memecah kesyian pagi yg indah..
dalm hati aku apa hal dia nie..

rupa2 dia nak tanya aku balik johor bila.. Dia cadang nak buat majlis nikah dia pada pertghan MEI 2010, tp aku dgn yakin nya ckap.. 'ambo balik lmbt ar, tggu result kuar, karag apa2 hal senang, mybe pertghan bulan 6 balik. Sbb ade kes kawan balik awl then dia gagal PTA. Kelam kabut ar mamat tu. Nasib beik kami ada dan buat rayuan utk dia. Akhirnya dia lulus PTA. So, ambo pun cadg nak balik lmbt'

adik aku lak 'ala, klo bleh nak buat bulan april nie, tapi abah suruh tuggu k.iza balik'

pastu AKU jawab 'PEH BULAN APRIL?? APRIL LAH KEMUNCAK SEGALA2NYA'..
pastu.

nak tak nk kena lewatkan lah tarikh dia, BUlan 4 tak bleh, bulan 5 pun tak bleh, so aku cakap nantilah aku tanya kawan bila result kuar..

kawan cakap result kuar biasanya 10 jun, so... Tapi aku tak bleh lambtkn tarikh nikah adik. Awal bulan 7 genap dia tunang selama 3thun, lagi dia kata bulan tujuh dia tak da tarikh yg sesuai.

dan adik cakap 6 jun tarikh yg cantik dan ada spcial holiday dia decide nk wat tarikh tu.. kesian kat adik aku, aku pun cakap la ok la, buat la pada tarikh tu dan k.iza akan balik pada antara 21-25 MEI itu setelah siap print tesis dan segala kerja selesai.Tak perlu tggu result kuar.. dan aku kna balik awl utk tolg mak abah kemas rumah.. sian lak kat parents.

Nampak tak, kesian kat adik aku terpksa tuggu aku balik utk majls penting dia.

Seolah2 aku lak decide tarikh kahwin dia.. hoho

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..