11/8/10

Semalam Kita Jumpa, Hari ni kau tiada.

Aku selalu terpandang kasut putih sut utk baju antisatic-bebas habuk yang bertulis nama Lenny.

Kawasan ini merupakan pekerja memakai baju set lengkap ala2 angkaswan, hanya mata saja yang nampak(macam burqah). Jadi tiap kali rehat kami akan gantung baju itu kat kawasan ini dan keluar ke kantin memakai baju uniform biasa. Kira kami pakai dua set baju yang berlainan.

Hati aku terdetik, mungkin orang ini orang cina. Aku abaikan apa yang aku nampak, tapi tiap kali aku lalu situ insyallah akan ada kasut itu. Dan mata aku akan tertarik untuk melihat kasut bertulis nama -Lenny. Mungkin dah tempat dia-Lenny letak kasut disitu. Tiada apa yang istimewa tentang kasut itu, cuma aku sedar 'kewujudannya'.

*******************************************************************************

Aku pelik tengok kawan satu line tergelak-gelak melihat seorang foregirl(berjawatan tinggi/menjaga line). Ape entah yang diorang gelakkan. Aku tanya diorang,

'cuba kau tengok, perempuan tu. Ade ke kat kawasan tak perlu pakai tutup telinga nak pakai jugak. Kan kat sini tak bising...hahaha'

'ha ah, lain la kat bahgian mesin tu..haha'.

sekali perempuan tu pusing menghadap lain, aku ternampak nama -Miss Lenny.

La, dia rupanya! mati-mati aku ingat dia cina. Lawa lah dia. Kulit gebu, berjawatan pulak tu. Bagi aku dia sempurna dan aku bajet perempuan ini belum berkawin.

SEjak tu, aku sedar yang dia slalu lalu-lalang kat sekitar aku bekerja. Dia jaga line lain. Jadi tak da peluang untuk beramah mesra.

Tabiat aku juga tetap tidak berhenti utk tgk Kasut si Lenny ini. Entah, macam ade magnet pulak. Aku pun tidak pernah terfikir kenapa aku jadi macam tu. Aku abaikan ape yang aku rasa.

ANEH kan?? mesti ada sesuatu yang menyebabkan aku tengok kasut dia, tapi aku sendiri tak tahu.

*************************************************************************************

7 Nov 2010,

'Kenal tak Lenny?? Dia meninggal dalam kebakaran kul 1.00am semalam'

'Hah! terbakar? meninggal dalam kebakaran?!!'

'iye, Lenny..'

once again aku terkejut 'LENNY!!!??'

'Yea, dia dengan anak perempuannya tiga tahun. Tak sempat di selamatkan. Abang dia dengar dia menjerit mintak tolong. Tapi tak dapat tolong.'

Peh!!!!!! giler ar, kalau aku memang akan ingat jeritan itu seumur hidup!

'dia dah kahwin kak? saya inggat bujang, dengan anak plak tu..ermm'

'yea, dia dah kahwin. Ibu tunggal anak satu. Dia mati berpelukan dengan anaknya. Katanya, bekas suami,adiknya dan polis tolong kutip abu-abu &daging2 yg terbakar, Tinggal tulang belakang je lagi. Anaknya hilang kaki sebelah.'

Sayu aku dengar bila seorang ibu mati berpeluk dengan anaknya. Aku hampir menangis.

Tak caya aku dengar, aku yang tak berapa rapat dengan dia pun 'terasa kehilangan'.

Sedihkan??

aku pun tak sangka inilah pengakhiran cerita dan kisah hidup Lenny orang yang aku sendiri tidak tahu kenapa aku tertarik untuk melihat kasutnya.

Kat sini artikel harian metro yang menyiarkan cerita Lenny.



:Gambar print page dari artikel berkenaan,
sila double click kat gambar berkenaan untuk imej yang lebih jelas.










Mati Itu Pasti, Hidup Itu IsyaAllah.
***

4 comments:

AkuBukanLelaki said...

perghhh...giler ar wehhh..mau mimpi nii

aku iza said...

mau tak giler..

utk kali terkahir aku ternampak kasut
'LENNY' pd 8 nov kul 1.20am~2.am(aku shift mlm). Mata aku terus ter pacak tengok kasut tu kat ada sudut loker. Mgkin ade org yg kemas barang2 arwah.

Qis Coway said...

emm..
xpe yza.. mati terbakar kira mati syahid..
n sebenarnya mereka da pengsan sebaik sahaja menghidu asap yg banyak.. doa kan je dia bersama orang2 yg beriman.. amin..

aku iza said...

amin.

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..