8/23/09

kekasih bertukar menjadi sahabat?

Kekasih bertukar menjadi sahabat? Dia kekasih aku ke? Aku pun tak rasa macam tu, lama aku rasa dia bukan aku punya. Tapi, kali ini i'm follow the flow. Kenapa tidak untuk aku mencuba. Ya, kenapa tidak kan?...
Dia layan aku dengan baik, tapi ada gak kelakuan yang dia buat aku tak suka. Aku tutup sume kesilapan yang dia buat, yang pasti memang kesilapan besar. Kadang-kadang aku tau dia menipu, tapi aku buat tak tau. Kenapa ek? entahla..mybe aku rasa, biar aku tau dia tipu, asalkan dia tak tau yang aku tau dia menipu. Mudahkan…
Baru-baru nie dia bagitau dia mahu aku jadi sahabat shj dan bukannya kekasih..terkejut gak dapat tau. Menangis?? tentu sekali tidak. Walaupun benda nie aku tidak jangka pun. –Walhal dah rasa awal2 lagi yg dia bukan untuk aku.
Bagi aku menangis tu tak dapat bagi jalan penyelesaian pun, walau aku syngkn dia. Aku orang yang tak berperasaan ke? Jawapannya= aku bukan orang yg tidak berperasaan, Cuma aku dapat MENIPU apa yang aku rasa. Bila aku makan cili, aku akan cakap cili tu manis… orang pun akan percaya yang cili tu manis. Cili yang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya aku akan cakap rasanya manis. Sampaila satu tahap, cili yang ke seratus tu pedas sangat2..aku akan minum air juga. Semestinya pada waktu itu, orang tak tau aku kePedasAn. Seriusly, aku tak menitiskan air mata macam orang putus cinta etc. Thanks kpd abah aku yang ajar aku jd kuat. ‘Jadi perempuan jangan LEMBIK sangat. HIDUP jangan harap pada lelaki sangat. Jangan menyusahkan orang, Selagi boleh buat sendiri buat la. Ko nak pergi mana2 pun pergi la.. ASAL TAK CACAT DAN MATI SUDAH’. Sebab itu, bila aku rasa nak pergi or buat sumthing aku tak teragak2.
So dalam hal nie aku tak salahkan dia, malah hormati keputusan dia kerana setiap orang ada kemahuan masing-masing. Walau sesayang mana sekali pun kita kat orang tu, kita tidak dapat paksa orang untuk suka kita. Dia ada keputusannya yang sendiri. Apa yang boleh kita buat adalah pertama ‘sebutkan ciri-ciri kualiti seseorang yang kita mahu’, ‘percaya orang tu memang milik kita’ dan akhirnya kita akan dapat seperti yg kita mahu(LOA). Oleh itu, orang yang datang kat kita adalah orang yang seperti yang kita mahu, walau orang itu tidak la ada rupa etc.
Aku masih dapat berfikir secara baik, krn aku tau setiap kali kita berjumpa dengan seseorang mesti ada sebabnya yang telah tuhan tentukan. Tak kira la lelaki atau perempuan. Walau kita berjumpa dengan seseorang itu sekejap, tapi mesti ada sebab. Lepas nie aku terima dia sebagai SEORANG SAHABAT seperti yang dia mahu. Yang pasti dia kesunyian dan perlukan teman untuk berbicara dan bukannya KEKASIH.


pss; cerita dari sum1 kpd sum1 =O?

2 comments:

Anonymous said...

Saya sebagai kaum Adam dapat rasa yg lelaki ni pasang ramai. Sbb itula anda rasa 'anda mcm bukan kekasihnya'. Kalau dia sebelum kahwin dah pasang banyak dan suka menabur janji tidak mustahil lepas kahwin dia akan buat benda yang sama juga. Tak perlu rasa rugi tak dapat dia. Jangan bersedih kerana dia sedang gembira, so Tak adil la macam tu. Lagi, yang rugi adalah bakal isteri dia kerana dapat suami macam gitu yg tidak reti menjaga kelakuan. Anda mesti ingat
"lelaki baik untuk perempuan yang baik"

aku iza said...

Thanks for your advise. Saya tidak sedih dia pergi, tapi "jangan beri cinta kalau tidak mahu ". Itula yg berlaku skrg ni. Dia telah sakitkan hati saya, tp saya tidak akan membalasnya walaupun saya tahu ada peluang besar untuk membalasnya. Kerana saya percaya akan ada orang lain yang buat begitu untuk saya, yang mana dia akan rasa 10x sakit dari saya rasa, tidak kirala dari sudut apa pun.

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..