9/13/09

Hipokrit??

'Muka sama hijau hati siapa tau'...
Ini merupakan sebahagian daripada lirik Mantera Beradu nyanyian Too Phat & M.Nasir, sekilas dengar memang tak faham. Tapi lirik tersebut mempunyai maksud yang mendalam. MUKA SAMA HIJAU, maksudnya Beragama Islam, HATI SIAPA TAU maksudnya tiada siapa tau maksud tersirat dalam keislaman orang tersebut. Telah kulihat orang yang kononnya alim, kononnya begitu..begini yang kononnya warak,bertudung labuh dan berkopiah, solat tidak tinggal etc. Cakap selalu sopan dan itu begini tidak boleh, tapi sekadar untuk mendapat perhatian orang sahaja. Mungkin diri bangga dengan kewarakan dan suka "mempromosi" tentang hal2 keIslaman. Okla kalau dia buat begitu untuk menginggatkan kepada orang lain supaya untuk MENJADI LEBIH BAIK. Tapi yang tidak bestnya, orang yang menulis tentang artikel keislaman tersebut membuat perkara-perkara tidak baik. Mereka suka & terus menulis hal2 keislaman sedangkan diri mereka tidak mengambarkan apa yang mereka "promote" kan. Aku akui yang diri ini biasa2 sahaja, dengan itu aku tidak la terhegeh2 nak tulis tentang ilmu-ilmu keislaman sedangkan aku tidak tau apa2 pun. Bak kata seorang kawan aku tu 'Saya tidak dapat bagitau awak, takut nanti tidak adil dalam menyampaikan'. Hakikatnya, kenapa orang suka mengakui tinggi dalam hal-hal keislaman hanya kerana untuk mendapat sanjungan orang?

3 comments:

Qis Coway said...

x salah klu nak mengingatkan seseorang bila kita bercakap ttg agama.. layak tak layak e2 urusan Allah tp bila kita diam ttg org buat dosa n x tegur tandanya kita da bersubahat n berdosa.. jadi mana kita nak? dicop tak layak bercakap ttg agama sdgkan e2 tggjawap? atau dapat dosa free bersubahat..
bagi nur kita sebgai hamba Allah perlula bertanggungjawap juga dlm berdakwah, e2 kan tanggungjawap kita juga sbg hamba Allah, selebihnya adalah urusan Allah.. ^_^

Anonymous said...

Org tu kna sedarkn diri dulu baru sedarkan org lain. Ngajar anak ketam jln lurus, sedangkan maknya jln mengereng...

Qis Coway said...

mak ketam yg mengereng tu ada juga usaha nak ajar anaknya berjalan lurus sbb emaknya tahu apa yg betulla dia ajar anaknya jln luruskan?
sama juga org kata jgn ikut spt lalang bila angin terbang ke kiri ikut ke kiri bila ke kanan ikut ke kanan juga tp yg positifnya akarnya kuat n sukar nak tumbang menyembah bumi..

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..