9/26/09

Raya di Johor


Ini rumah atok yg jauh 5minit jalan kaki dari kediamanku

Setiap 1 syawal, aku dan adik beradik akn serbu kerumah atok (belah mak) utk berkumpul ramai2. Kat situ keluarga Hj.Mohd Noor bin Lamin akan berkumpul, tak kira la anak sehggla ke cucu dan cicitnya.

Kebiasannya, pagi syawal lingkungan jam 7.30am seluruh keluarga kaum kerabat akan duduk berkumpul membuat bulatan di ruang tengah rumah atok aku nie. Diketuai oleh atok aku, dia akan membuat sedikit ceramah agama etc sesudah tu dia akan berdoa. Kami yang ada akan mengaminkan doanya. Sesudah itu, kami akan bersalamn dimulai oleh anak2 Hj. Mohd Noor, dikuti oleh cucu berserta pasangan masing2. Time nie kami akan bersalaman sesama sendiri menangisi kesilapan yg lalu. Keiklasan memaafkan tu aku tak dapat komenla, tu hal hati masing-masing. Apa yang pasti time nie sume akan menangis. Duit raya ofcouse la dapat..
selesai je upacara salam2 nie. Kami beramai2 naik van menuju ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri. Bagi yang tak ikot tu akan duduk rumah dan berkemas2 utk final touch.

Selepas solat sunat aidilfitri, akan ada 'Bara'an', istilah ini berkaitan dengan perkataan 'berarakan' yg lazim ada di Johor. Bara'an ini adalah kumpulan anak muda yang datang rumah ke rumah dan membacakan doa selamat dan salawat nabi. Mereka akan membawa tabung untuk didermakan ke Masjid. Biasanya Bara'an ini di bahgikan kepada 3 kumpula iaitu, kumpalan Pemuda, Kumpulan Orang lelaki vateran dan Kumpulan perempuan. Tiga kumpulan ini akan mula dari rumah kampung yang paling hujung sehinggalah yang terakhir. Aku biasanya akan sertai kumpulan ini keran segan untuk beraya rumah kerumah macam budak kecik. Jadi inilah peluang yg aku ambil utk melawat jiran tetangga.

No comments:

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..