7/19/11

Hari ini

Hari ini ,
sebelum subuh menjengah diri
bangkitnya sekujur tubuh
yang selama ini hidup terasa mati
dalam ketawa , jiwanya rusuh .
Bangkit dengan harapan baru
buat memulih hati yang lara .
Bermonologlah hati yang bisu¿..
bercita tak mahu menangis lagi
berharap tak mahu terluka kesekian kali
kerna kini ingin terus sendiri¿¿
Hari ini ,
berjanji hati kepada diri
akan mengawal segala gerak tari
agar langkah takkan tersungkur lagi
kerna ubat luka-nya kehabisan kini¿¿
Dan ,
berjanji diri kepada realiti
untuk kembali tersenyum dan menceriakan situasi
kerna tak mahu terus dihambat mimpi
mimpi indah yang sebenarnya ngeri ¿¿
Hari ini ,
dalam tahajud hati terus bersujud
mengharap diberi kekuatan terus
buat pengering hujanan mata
yang kadang lupa hati-ku telah tiada .

No comments:

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..