11/9/09

Pengacau halus?

Cerita nie aku tak la nak mengaibkan sesiapa, terutamanya kepada insan yang rapat kepada aku (classmate). Benda nie terjadi kepada dia, bagi yang tau sapa tu faham2 sendiri la ek sapa org tu.

Aku nak cerita nie kerana ini merupakan pengalaman aku berkawan dengan insan yang dapat "makluk" yang dihantar oleh insan tak puas hati dan tak boleh dilihat. Biarla aku gelar insan nie A. Aku tau nie sebab akula orang selalu menghantar dia ke tempat berubat secara tradisional kat Kota Padawan. Pada mulanya dia mengikut salah seorang dari kami yang ingin berubat mandi bunga. Tiba giliran dia, dia minta utk "scan" penyakit dia. Nenek tu cakap dia asyik pening kepala dan kuat berangan, Si A nie cerita la yang dia baru putus cinta. Dia kata pernah mengurut lelaki itu.. Pastu kepala dia kerap pening etc.. Nenek tu berikan la dia air minuman jampi, kemudian dia baca bunga untuk si A mandi.

Satu hari tu Si A hadiri mesyuarat Dokumentari, semasa waktu balik dia telah dihantar oleh ahli gruop dia dgn menaiki kereta. Yang best nya tu malam tu Si A tido kat bilik aku. Bilik aku nie bilik single, dan hampir setiap malam dia tido situ share katil single dgn aku. Sempit dan tak selesa la gak nak-nak aku nie 54kg, dan tggi la jgk. Pada malam tu dia dapat msj dari ahli group yang menghantar dia ke kolej Allamanda. Lelaki tu bagi mesej kat dia "Sblm tido ambik air sembayang, pastu baca ayat kursi 7 kali, aku takut la.. ko "punya" tertinggal kat kereta aku.. macam mana nie?? takut la aku..". Si A nie pon terus "tersenyum" tak sangka kerana dia ada "benda hakus". Si A nie pon tak bgtau kenapa, tapi dia buat seperti yang lelaki tu suruh dan kelakuan dia agak pelik pada time tu.

Esokya, si A cerita la yang lelaki tu nampak "benda halus" kepunyaanya. Dia sendiri tak sangka dia ada benda tu. Siap lelaki tu cakap "benda nie lama dah aku tau, lama dah aku nak cakap.. tapi aku diamkan aje, ko ni teruk dah sakitnya". Si lelaki nie org sarawak dan ada kebolehan untuk melihat "benda halus". Aku dan Si A terkejut la..
dan mengesyaki Si A dapat dari bekas pakwenya.

Kali kedua kami berubat ke nenek tu, dan time nie si A bertanya betul ke dia ada "benda halus". Nenek tu mengiyakan je. Makin la kami tak sangka. Nenek tu kata dia tak leh nak tangkap cz tak da pembantu, so kelak la tangkap masuk botol.

Banyak kali jugak aku teman kan Si A nie g berubat. Tapi stiap kali mesti ada masalahnya, pasling tak leh lupa masa hari raya ke 10 dimana "nenek" tu dah balik. So, tak leh panggil semula.. kami terlambat pada mlm tu.. nak tak balik gitu jela.. Apa yang pasti lebih dari lima kali g berubat tapi tak tangkap jugak benda tu.

Kesan ketara apabila Kawan2 si A mula diganggu. Mungkin ini kesan dari berubat utk menghilangkan gangguan itu. Kesan ketara apabila si A g berubat dgn lectr FKPM. So benda tu protes dengan menganggu kami. Si A ada g berubat dgn lecturer FKPM, lectr tu cakap saya dah halau benda awk dan dah pagar. Siap cakap lagi, "tadi masa awak masuk, saya nampak mcam asap berkepul2 kat kepala awk, banyak tul kat situ. Besar tak besar kat kepala awk tu ada sebesar orang yang bertengek". Si A cakap lectre tu halau dngan bacaan ayat suci dan memagar diri Si A. Dia bagi si A minum air. Bagi aku aku tak percaya akan kebolehan lectre tu cz klo stakat pagar mesti akan terungkai pagar tu dan benda tu akan boleh masuk semula. Tambahan pula, benda tak ilang gitu je klo stakat dihalau, paling tidak dia akan kacau kawan2 Si A. Nak-nak pulak Si A nie insan biasa2 je, solat ada yang tertinggal. So, secara tak langsung Pagar yang lectr tu buat akan ilang macam tu je. Si A tak percaya cakap aku, malah berkeras tak mau terus kan berubat dengan nenek tu. Marah giler aku dengan dia.

Cerita akan disambung dimana "makluk" tu menampakkan untuk kali pertama ketika Kami sibuk buat Projek TMT 1013.. a.. member yang nampak time tu dia tidor separa sedar...
tggu sambugnnya.

No comments:

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..