12/31/09

30 disember 2009

Tarikh nie merupakan tarikh ibunda, abah, adik bungsu, Kamal dan
Pak ndak g ke Sabah mengiringi Abang Long utk majlis nikahnya pada 1 Jan 10. Tarikh ini la juga merupakan tarikh bersejarah kepada mak abah aku yang mereka tak pernah naik kapal terbang. Macam-macam yang aku dengar dari mulut mereka.. takut, seram, sakit telinga.. huhu..

Yang paling best abah aku masuk tandas tu pun nak cerita kat aku.. Biasala, 1stime naik benda tu..abah aku kata dia beli biskot tiga bungkus, dalam hati aku "biskot mahal wat pe beli.."

Apa2 pun.. mesti best naik kapal terbang. Dulu aku pun merasa apa yang mereka rasa.

12/19/09

semuanya berkaitan dengan Hati.

Hati..
Hati aku berbelah bahagi bila diundang kemajlis ..... dan yang mengundang itu adalah insan yang mempermainkan HATI aku. Dia dengan sengaja menyakiti Hati aku, dan tau apa yang dia buat. Bukan hati aku sahaja, tapi hati insan yang dia sayang..(yeke sayang).

Aku sepuluh kali tak kisah tak dapat kau!!
Tapi HATI aku???
Hati aku sakit..
Sakit setelah kau sakiti!!

Sakit dipermainkan..
Kau inggat Hati aku apa???
Hati BATU macam kau ke???

sakit itu kalau dikeluarkan..
ntah mcam mana rupanya HATI aku tu..
buruk..
berdarah2 akibat disakiti oleh KAU!!

Kesian kat aku..., lagi kesian kat perempuan itu:

psst: 'hey girl, stay away from that boy'- to the girl who is the boyaa's wife.

12/18/09

Calon...suami yang kaya?

Ramai wanita yang menginginkan lelaki kaya, berpangkat dan ada nama. Rata2 nya mereka beranggapan dengan berkahwin lelaki sebegitu akan membawa kebahgiaan rumah tangga. Kawan-kawan ada gak menyatakan ingin berkahwin dengan lelaki berstatus Dato' or Datuk and whateverlah.. mereka inginkan glamour mempunyai lelaki atau berjaya menawan hati lelaki sebegitu.

Bagi aku tak plak macam tu. Hakikatnya aku pun memang 'gila duit' dan suka barang yang mahal-mahal, kereta yang mewah dan melancong ke luar negeri. Tetapi tidak la pulak sampai ingin berkahwin dengan lelaki kaya+RAYA. Kalau dah jodoh nak buat macam mana, tp seboleh2 nya aku nak berkahwin dengan lelaki yang sederhana dan mampu menyara kehidupan selepas berkahwin. Atleast tak la sampai masuk Bersamamu TV3 tu. Huhu..

Pesan ayah kepada aku "jangan kahwin lelaki kaya, ayah tidak ada rumah cantik untuk mereka(sambut menantu)", buat aku terfikir akan subtexts nasihat itu.

Realitynya, lelaki tidak pernah cukup dengan seorang perempuan sahaja. Mereka akan pasang ramai untuk buat hati mereka gembira. Kawan lelaki aku pernah cakap 'lelaki suka apabila di syangi oleh perempuan, sebab itu mereka akan berkawan dengan perempuan lain walaupun mereka sudah berkahwin'.

Berbalik kepada fitrah semula jadi lelaki yang nafsunya ada satu, iaitu nafsu kepada PerEmpuan. Jadi fokus hidup mereka lebih terarah kepada Perempuan.

Justeru itu, Lelaki yang bernafsu kepada perempuan ini akan terus memburu dan mencari untuk memenuhi keinginan mereka.

Hakikatnya ini ada benarnya, lebih-lebih lagi yang memasang ramai perempuan itu orang yang berduit.

Atau senang cakap "lelaki... klo berduit. Nafsu je tinggal".

Maksudnya, mereka suma dah ada.. duit utk beli apa sahaja mereka mahu.. jadi
nafsu je tinggal(cari perempuan lorrr).

Contoh yang paling ketara apabila skandal sexs pemain golf terkenal dunia(sendiri tau) menjadi isu hangat ketika ini. Sah-sah la, dia tak cukup satu!!.

Jadi apa pilhan anda?
KAYA or SEDERHANA?

(beriman/tak beriman lain cerita ek-nie cite pasal ekonomi rumah tangga. huhu..)

12/15/09

kenduri kahwin

Minggu sudah ada seorg x-clasmte aku time sekolah rendah melangsungkan perkahwinannya. Diam tak diam, advance gak dia ek.. dia lelaki seusia dgn aku dah berkahwin. Hurm, masuk dia dah dua kawan lelaki aku yang sekelas smasa sklah rendah berkhwin. Hebat btul.. Dah nak wat mcm ne jodoh diorg dah sampai. Aku pun kadang2 nak berkahwin gak, tapi nak wat mcm ne calon pun tak da..

Apa yang pasti time aku bosan mmg trasa sgt nak berkahwin, tapi bila tak bosan tak plak rasa nak kahwin. Pelik kann.. huhu..

Kwan lelaki adik pun dah bekhwn, rumahnya sblah kg jer. Tgk muka dia time bersanding miggu sudah mmg tak sangka dia kahwin dulu dari aku. Dulu masa sekolah rendah muka selekeh jerr..
mmg tak leh lupa la muka selekeh dia tu.. tapi bila dah bersanding di usia 22thun muka dia nampak hensem dan bergaya..

adooiii tapi aku still ternampak2 muka selebet dia tu.. huhu

dia bersanding saing2 dgn org kg aku yg juga pasangan BISU!!!

tgk.. org bisu pun ada jodoh..

aku??

11/24/09

balik johor

Perasaan ini wujud tiap kali aku ingin balik Johor. Rasa berat untuk meninggalkan Sarawak mesti menghantui fikiran aku. Aku sayangkan Sarawak, walaupun pembangunannya tak la secanggih semenanjung. Jiwa aku dah serasi kat tempat nie, makanannya.. orang2 nya semuanya akan aku rindukan tiap kali aku kat JOhor. Hati aku berat setiap kali nak meninggalkan negeri ini walau hakikatnya aku rindukan Johor, tapi mana mungkin aku akan berada di dua tempat sekaligus.

11/10/09

Catatan dari pengalaman cinta kayu+batu

Kenapa aku masih tak dapat lupakan dia?
Walau dia mcam senang sangat nak lupakan aku..
dulu aku tak tau apa yang menyebabkab dia tiba-tiba cuba mendiamkan diri..
tau-tau dia sudah berpunya!
aku tau dia bakal dimiliki oleh seseorang yang dia telah comit selama dua tahun!!..

Dua tahun!! satu jangkamasa yang lama untuk sesuatu hubungan, tapi kenapa dia masih mencari aku??! apa yang dia tak puas sampai dia mencari Aku? apa kurangnya insan yang dia miliki tu, sampai mencari aku??

Kenapa dia beri aku harapan sedang kan dia tau bahawa dia bakal menjadi.... kepada seseorang?? aku pula buta2 terima dia dan percaya cakap dia 100% bahawa dia tak punyai sesiapa!. Teruk kan lelaki tu.. tapi kenapa aku masih tak dapat lupakan dia!!

APA AKu NIE!!! Tau DITIPU & diPERMAIKAN, TAPI MASIH MENaGGIh PerHatiAN DARInya..
Mungkin aku mahukan kata-kata kemaafan dari mulutnya sendiri...
Hanya Allah tau apa yang terbuku dihati aku.

Aku DOakan Kebahagiaan Kalian:

Hanya KEMAAFAN yang mampu aku bagi,
kerna
Hanya ALLAH yaNg boleh mengAMPUNkan DosA2 yang telah kau buat, kat aku dan.....

Telah
Kumaafkan kesilapan..... Sepenuh hati,

Ada jodoh jumpa lagi dan pada waktu itu, kita punyai kehidupan sendiri,
yang pasti kehidupan aku bukan dengan dirimu yang telah menipu aku dan curang kepada......


Allah maha adil, Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik.

Hanya masa dapat mengubati hati yang sakit ini dek diPermainkan oleh seorang insan yang aku sayangi suatu ketika dulu.

11/9/09

Pengacau halus?

Cerita nie aku tak la nak mengaibkan sesiapa, terutamanya kepada insan yang rapat kepada aku (classmate). Benda nie terjadi kepada dia, bagi yang tau sapa tu faham2 sendiri la ek sapa org tu.

Aku nak cerita nie kerana ini merupakan pengalaman aku berkawan dengan insan yang dapat "makluk" yang dihantar oleh insan tak puas hati dan tak boleh dilihat. Biarla aku gelar insan nie A. Aku tau nie sebab akula orang selalu menghantar dia ke tempat berubat secara tradisional kat Kota Padawan. Pada mulanya dia mengikut salah seorang dari kami yang ingin berubat mandi bunga. Tiba giliran dia, dia minta utk "scan" penyakit dia. Nenek tu cakap dia asyik pening kepala dan kuat berangan, Si A nie cerita la yang dia baru putus cinta. Dia kata pernah mengurut lelaki itu.. Pastu kepala dia kerap pening etc.. Nenek tu berikan la dia air minuman jampi, kemudian dia baca bunga untuk si A mandi.

Satu hari tu Si A hadiri mesyuarat Dokumentari, semasa waktu balik dia telah dihantar oleh ahli gruop dia dgn menaiki kereta. Yang best nya tu malam tu Si A tido kat bilik aku. Bilik aku nie bilik single, dan hampir setiap malam dia tido situ share katil single dgn aku. Sempit dan tak selesa la gak nak-nak aku nie 54kg, dan tggi la jgk. Pada malam tu dia dapat msj dari ahli group yang menghantar dia ke kolej Allamanda. Lelaki tu bagi mesej kat dia "Sblm tido ambik air sembayang, pastu baca ayat kursi 7 kali, aku takut la.. ko "punya" tertinggal kat kereta aku.. macam mana nie?? takut la aku..". Si A nie pon terus "tersenyum" tak sangka kerana dia ada "benda hakus". Si A nie pon tak bgtau kenapa, tapi dia buat seperti yang lelaki tu suruh dan kelakuan dia agak pelik pada time tu.

Esokya, si A cerita la yang lelaki tu nampak "benda halus" kepunyaanya. Dia sendiri tak sangka dia ada benda tu. Siap lelaki tu cakap "benda nie lama dah aku tau, lama dah aku nak cakap.. tapi aku diamkan aje, ko ni teruk dah sakitnya". Si lelaki nie org sarawak dan ada kebolehan untuk melihat "benda halus". Aku dan Si A terkejut la..
dan mengesyaki Si A dapat dari bekas pakwenya.

Kali kedua kami berubat ke nenek tu, dan time nie si A bertanya betul ke dia ada "benda halus". Nenek tu mengiyakan je. Makin la kami tak sangka. Nenek tu kata dia tak leh nak tangkap cz tak da pembantu, so kelak la tangkap masuk botol.

Banyak kali jugak aku teman kan Si A nie g berubat. Tapi stiap kali mesti ada masalahnya, pasling tak leh lupa masa hari raya ke 10 dimana "nenek" tu dah balik. So, tak leh panggil semula.. kami terlambat pada mlm tu.. nak tak balik gitu jela.. Apa yang pasti lebih dari lima kali g berubat tapi tak tangkap jugak benda tu.

Kesan ketara apabila Kawan2 si A mula diganggu. Mungkin ini kesan dari berubat utk menghilangkan gangguan itu. Kesan ketara apabila si A g berubat dgn lectr FKPM. So benda tu protes dengan menganggu kami. Si A ada g berubat dgn lecturer FKPM, lectr tu cakap saya dah halau benda awk dan dah pagar. Siap cakap lagi, "tadi masa awak masuk, saya nampak mcam asap berkepul2 kat kepala awk, banyak tul kat situ. Besar tak besar kat kepala awk tu ada sebesar orang yang bertengek". Si A cakap lectre tu halau dngan bacaan ayat suci dan memagar diri Si A. Dia bagi si A minum air. Bagi aku aku tak percaya akan kebolehan lectre tu cz klo stakat pagar mesti akan terungkai pagar tu dan benda tu akan boleh masuk semula. Tambahan pula, benda tak ilang gitu je klo stakat dihalau, paling tidak dia akan kacau kawan2 Si A. Nak-nak pulak Si A nie insan biasa2 je, solat ada yang tertinggal. So, secara tak langsung Pagar yang lectr tu buat akan ilang macam tu je. Si A tak percaya cakap aku, malah berkeras tak mau terus kan berubat dengan nenek tu. Marah giler aku dengan dia.

Cerita akan disambung dimana "makluk" tu menampakkan untuk kali pertama ketika Kami sibuk buat Projek TMT 1013.. a.. member yang nampak time tu dia tidor separa sedar...
tggu sambugnnya.

Salam Perkenalan..

My photo
Sukakan sesuatu yang bergambar. Ilek santai suda

Pengikut Setia..